Jika ini adalah kali pertama anda mendengar tentang laman web ToneXpress, saya cadangkan anda klik sini terlebih dahulu untuk melihat laman web yang saya maksudkan.
Saya dah mula gunakan laman web ToneXpress untuk memperkenalkan peluang buat duit dalam program komuniti Tone Excel sejak pertengahan tahun 2014.
Pada mulanya saya juga agak skeptikal dengan kemampuan laman web ini.
Almaklumlah, saya juga adalah seorang webmaster. Hal-hal seperti pembangunan laman web bukanlah sesuatu yang terlalu asing bagi saya. Jujur saya katakan, dalam mana-mana laman web, selalunya orang yang paling banyak mendapat manfaat ialah admin laman web tersebut.
Bila saya tahu kewujudan laman web ToneXpress ni, saya tak terus mendaftar.
Rileks dulu. Bagi masa…
Dalam tempoh masa bertenang tu, sempat juga saya kaji serba sedikit modus operandi laman web ni. Macam mana ia berfungsi? Betul ke boleh bantu memudahkan saya buat marketing nanti? Kalau boleh saya nak guna pendekatan “set and forget”, boleh ke?