Syarikat hosting walaupun mereka semua menjual perkhidmatan yang sama, iaitu pakej hosting, namun ini tidak bermakna semua syarikat dapat berikan perkhidmatan yang sama baik atau setara.
Ini juga bermaksud kita tak boleh pilih dengan sambil lewa apabila merancang untuk dapatkan perkhidmatan hosting. Lain syarikat hosting, lain masalahnya. Dalam perkongsian pada kali ini saya nak ceritakan serba sedikit bentuk-bentuk masalah yang mungkin akan anda hadapi dengan syarikat hosting anda.
(1) Server terlalu perlahan
Kebanyakkan laman web yang saya miliki adalah berkonsepkan laman blog dan saya pasangkan dengan sistem wordpress.
Satu perkara yang akan mengganggu fokus dan produktiviti kita ialah apabila server terlalu perlahan. Masa untuk loading dari satu halaman ke halaman yang lain mengambil masa terlalu lama. Bila loading terlalu lama, kita akan mula hilang fokus.
Begitu juga pembaca. Jika mereka merasakan laman web kita mengambil masa terlalu lama untuk selesai loading, mereka juga mungkin akan rasa fed up dan akan terus pergi meninggalkan laman web kita.
(2) Server down
Jika laman web anda adalah salah satu sumber pendapatan anda, maka anda perlu pastikan laman web tersebut sentiasa online dan boleh diakses tanpa sebarang masalah. Walaubagaimanapun, ada sesetengah syarikat hosting yang pernah saya gunakan, selalu mempunyai masalah server down.