Adakah anda tahu, yang sebenarnya perpustakaan Awam ni boleh bantu anda tambahkan pendapatan bulanan anda? Tak tahu? Tak pasti macam mana? Atau rasa kurang percaya dengan apa yang saya sampaikan ni?
Tak apa. Jom baca kisah saya ni. Saya akan tunjukkan pada anda, bagaimana saya gunakan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia kepada kita semua, iaitu perpustakaan awam untuk tambahkan pendapatan.
Dalam sebulan, sekurang-kurangnya sehari saya akan datang ke Perpustakaan Negara Malaysia, terutamanya di Bahagian Pinjaman. Aktiviti lazim yang saya akan buat ialah, pinjam buku baru, pulangkan buku yang dah habis baca, kemudian renew buku-buku yang masih belum sempat baca.
Setiap orang boleh pinjam 6 buah buku sahaja untuk tempoh masa 30 hari. Tapi, memandangkan saya guna dua kad pengenalan yang berbeza, maka saya dapat pinjam sehingga 12 buah buku. Kalau bulan tu tak sibuk, maka saya dapat baca 12 buah buku dalam sebulan. Tapi kalau sibuk dengan macam-macam tugasan pengiklanan, kalau dapat habis 5 buah buku pun dah kira baik.
Untuk bulan seterusnya, baki yang 7 buah buku tu kena renew semula, dan pinjam 5 buah buku yang baru pulak. Macam inilah prosesnya berterusan In Shaa Allah sampai bila-bila. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu saya akan teruskan dengan aktiviti pinjam, pulang dan perbaharui buku ini.