Pada pandangan anda, adakah isu pengangguran ini merupakan satu masalah yang besar ataupun ia hanya sekadar suatu perkara kecil yang mana ianya pasti akan berlalu pergi satu hari nanti?
Jika anda berpandangan, isu pengangguran ini adalah isu besar, saya percaya, dengan sepenuh hati anda pasti akan cuba tangani isu ni dengan sehabis baik. Almaklumlah, bila menganggur ni, lazimnya seseorang tu tak ada duit dan sumber pendapatan. Jadi, bila tak ada duit ni, kan semua benda akan jadi susah. Akan tetapi, jika anda merasakan isu pengangguran ini bukan isu yang besar, saya rasa anda tak perlu baca post ini.
Apa punca berlakunya pengangguran?
Tak mahu ada kerja tetap
Kerja tetap bermakna komitmen. Masa anda terikat untuk syarikat anda. Anda susah untuk bergerak untuk urusan peribadi dan boleh jadi, jika kurang bernasib baik, untuk mintak cuti sempena perayaan pun boleh jadi agak sukar. Setengah tempat, pekerjanya kena ambik giliran kalau nak cuti sempena hari raya.