Sebenarnya saya memang berminat nak mencuba kaedah pengiklanan advertorial dalam blog ini. Cuma saya masih agak ragu-ragu sekarang ni. Kalau boleh saya nak tau jugak, lepas saya buat iklan dalam blog ini, bila agaknya saya boleh nampak hasilnya ye?
Kali ini kita cerita bab hasil. Orang putih kata RESULT. Sudah tentu, bila kita dah mengeluarkan sejumlah wang untuk mendapatkan perkhidmatan tertentu, kita mahu lihat ada satu keputusan atau hasil dan pencapaian yang boleh dilihat.
Saya teringat masa zaman saya masih bekerja di Berjaya Corporation dulu. Bos saya hanya berminat nak tau tentang satu perkara sahaja.
“Apa hasilnya?”
Soal lain seperti tak begitu penting. Apa masalah yang dihadapi, apa yang perlu dilakukan, apa teknik, strategi dan sebagainya. Itu semua tak sepenting persoalan “apa hasilnya?” dan “bila saya boleh nampak hasilnya?”
Ini juga salah satu kriteria yang akan saya lihat sebelum menyertai mana-mana program affiliate dan juga sebelum menerima sebarang job penulisan artikel. Setidak-tidaknya saya perlu pastikan dan pertimbangkan beberapa perkara supaya job yang bakal saya terima tu dapat menguntungkan kedua-dua belah pihak. Saya boleh dapat untung dan klien juga boleh dapat hasilnya. Itu lebih sihat berbanding hanya sebelah pihak sahaja yang untung.