Pernahkah anda menggunakan perkhidmatan penerbangan bersama dengan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia? Bagaimana agaknya dengan pengalaman anda bersama mereka? Adakah semuanya smooth atau anda menghadapi beberapa masalah dan kesulitan semasa menggunakan perkhidmatan mereka?
Salah satu masalah yang agak popular, yang biasa dilalui oleh para penumpang adalah terdapat kesilapan ejaan pada tiket penerbangan Air Asia. Banyak juga penumpang yang bertanya kepada saya, tentang penyelesaian yang boleh diambil jika tersalah ejaan pada tiket penerbangan mereka.
Apa yang peliknya, mereka (penumpang) hanya sedar terdapat kesilapan pada ejaan hanya setelah pembayaran dilakukan, dan itinerary telah pun diterima. Ini bermakna tempahan telahpun berstatus confirm. Jadi, bagaimana? Apa yang patut dilakukan seterusnya?
Pihak Air Asia sebenarnya memang memberi kelonggaran kepada para penumpangnya untuk mengedit nama penumpang yang tersalah ejaan pada tiket penerbangan yang dibeli. Walaubagaimanapun, penumpang hanya boleh mengedit nama, jika terdapat kesalahan pada ejaan, bukannya untuk menukar keseluruhan nama hingga mengakibatkan berlakunya pertukaran penumpang.
Apakah contoh-contoh kesalahan ejaan yang dibenarkan untuk di edit? Mari kita lihat..