“Instagram atau Facebook?”
Untuk tujuan buat bisnes, sekarang ni ada dua laman media sosial yang memang sedang hangat diperkatakan. Sama ada anda nak gunakan platform Instagram mahupun guna Facebook. Kalau kita lihat fenomena pada tahun 2015 ke belakang, boleh kata agak banyak juga panduan dan kursus online yang ditawarkan yang mengajar cara-cara untuk buat bisnes menggunakan medium Facebook.
Namun, apa yang saya perhatikan, bermula penghujung tahun 2015, nama Instagram mula naik dan sering diperkatakan oleh para peniaga dan usahawan online.
Adakah ini bermakna, kita juga perlu beralih kepada medium Instagram untuk buat pemasaran secara online?
Sekiranya anda masih agak baru dengan kerja-kerja pemasaran menggunakan medium Instagram, tak perlu risau dan tak perlu khuatir.
Sebabnya, sekarang ni ada banyak ebook dan panduan yang dihasilkan oleh mereka yang memang dah berjaya buat pemasaran menggunakan medium Instagram sehingga berjaya melonjakkan jumlah jualan mereka.
Salah satu panduan yang anda boleh dapatkan dan baca sekarang juga adalah panduan berjudul Instagram Kaboom ni.
Ya… saya setuju dengan anda. Nama yang diberikan kepada panduan ini memang agak lain daripada yang lain. Sekali dengar, memang akan selalu teringat-ingat… lagi-lagi dengan perkataan kaboom… kaboom… kaboom tu. Seolah-olah macam ada benda tengah meletup-letup kat telinga pulak.