Bagaimana cara untuk kita boleh survive dalam bisnes Multi Level Marketing (MLM) atau Bisnes Network Marketing ini?
Ini merupakan topik yang saya nak bincangkan dalam posting pada kali ini. Pertama sekali, survival guide ini saya tulis khusus buat mereka yang masih baru dalam bisnes jenis MLM. Kalau yang dah pakar, dah berjaya, mungkin apa yang saya kongsikan disini anda sudah tahu kesemuanya. Saya juga percaya yang anda pastinya sudah mempunyai strategi dan game plan anda sendiri dan tak memerlukan survival guide ini.
Justeru, bagi mereka yang masih baru dan kurang pengalaman, perkongsian ini saya tulis untuk anda. Mana-mana yang baik, sila jadikan ia panduan dan yang kurang baik, sila tinggalkan.
Boleh jadi akan ada mana-mana point yang saya highlight disini yang anda kurang setuju. Its okay. Anda tak perlu setuju dengan semua perkara yang saya kongsikan disini, dan sekiranya anda mempunyai pandangan dan pendapat lain yang lebih baik, anda bebas untuk ikut pandangan tersebut.
Bagi leader MLM yang mempunyai rangkaian yang cukup besar namun tak ada masa untuk hasilkan panduan seumpama ini, saya alu-alukan kesudian anda untuk berkongsi link artikel blog ini kepada rangkaian anda. Ye la… manalah tahu selepas anda baca keseluruhan posting saya ini, anda merasakan ianya “make sense” dan ahli dibawah rangkaian anda boleh mendapatkan serba sedikit manfaat dari perkongsian ini.
Baiklah, sebelum saya bercerita dengan lebih panjang, saya juga ingin tegaskan disini, bahawa bisnes MLM bukanlah satu bisnes yang PERFECT serba-serbi dan langsung tiada kelemahan. Sudah tentu bisnes ini juga ada kelemahan dan kekurangannya. Ya, sama seperti lain-lain jenis dan model perniagaan diluar sana, sudah tentu ada kelemahannya.
Saya ingin ambil contoh beberapa jenis bisnes yang ada diluar sana.
i. Bisnes makanan ataupun bisnes restoran
Memang betul, setiap hari orang perlu makan. Tapi adakah setiap hari orang yang sama akan makan ditempat anda? Belum tentu. Malahan dewasa ini, kita sebagai pelanggan ada terlalu banyak pilihan dalam bab makan. Ada banyak restoran yang kita boleh kunjungi dan bukan itu sahaja malahan dengan adanya applikasi Grab Food, Food Panda dan sebagainya memudahkan kita untuk memesan makanan tanpa perlu susah payah untuk keluar rumah.
Ada beberapa lagi faktor yang bakal membuatkan bisnes makanan yang kita lakukan kurang mendapat sambutan, misalnya rasa makanan yang kurang sedap, rasa yang tak konsisten, tidak menepati selera pelanggan, premis perniagaan sukar untuk dapat parking, ada Perintah Kawalan Pergerakkan yang menghalang pelanggan untuk datang makan dan sebagainya.