Apa Itu Program Affiliate Klikjer?
Kalau anda pernah dengar tentang affiliate marketing, anda juga mungkin pernah dengar tentang program Affiliate Klikjer.
Tapi sebelum kita nak terus bercerita mengenai program affiliate klikjer ni, mungkin ada baiknya kita sentuh serba sedikit, perkara asas mengenai program affiliate terlebih dahulu.
Apa itu program affiliate?
Program affiliate adalah suatu program yang anda boleh sertai sekiranya anda berhasrat untuk menjana pendapatan tambahan diinternet.
Dalam program ini, kita akan mendaftar untuk menjadi seorang ejen pemasaran bagi sebuah syarikat dalam talian.
Sebagai ejen pemasaran, tugas kita adalah mempromosikan produk yang dijual oleh syarikat tersebut, dan kita akan dibayar komisen sekiranya berjaya hasilkan jualan.
Bila sebut tentang affiliate marketing, lazimnya kerja-kerja pemasaran ini kita hanya perlu fokus secara online sahaja.
Manakala untuk platform pemasaran pula, kita boleh gunakan platform media sosial, blog, email, sistem mesengger seperti whatsapp dan telegram, dan sebagainya.
Kalau anda masih agak baru dengan konsep program dan pemasaran affiliate, anda boleh baca posting saya yang terdahulu.
Baca disini: Apa itu affiliate marketing
Apa Itu Program Affiliate Klikjer?
Sekarang kita akan masuk kepada pengenalan bagi program affiliate klikjer pula.
Program Affiliate Klikjer adalah salah satu daripada banyak program affiliate yang kita boleh sertai untuk menjana pendapatan tambahan secara online.