Dalam masa kurang daripada 5 hari lagi, kita akan menyambut hari ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 58. Bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan ni juga, saya perhatikan Lazada turut menawarkan kempen promosi dan diskaun sehingga 90% untuk barangan terpilih.
Kalau ikut perancangan awal, sepatutnya sekarang ni saya nak settlekan beberapa tugasan advertorial yang saya terima. Kemudian saya teringat pulak, baru-baru ni saya ada terima emel dari pihak Lazada mengenai Kempen Mega Merdeka Madness yang menawarkan diskaun sehingga 90%!
Banyak tu potongan harga yang Lazada offer. Mungkinkah sebab sekarang ni, tak ramai yang shopping, sebab tu mereka berani nak tawarkan potongan harga yang sebegini tinggi?
Ada beberapa produk yang menarik minat saya. Tapi dalam pos ni saya nak kongsikan 5 produk sahaja. Kalau anda minat nak tau, apa lagi produk yang ada potongan harga yang tak masuk akal, boleh terus ke laman kempen Mega Merdeka Madness ni.