Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Alhamdulillah, selepas sebulan berpuasa, akhirnya kita sekali lagi menyambut hari raya. Dalam kita bergembira, mungkin ada antara kita yang duk pening kepala. Lebih-lebih lagi buat mereka yang buat duit dengan berniaga.
Macam mana dengan jualan yang kalian hasilkan? Ada terjejas tak sempena dengan bulan puasa dan bulan raya ni? Ada sesetengah orang, jualan mereka terjejas sejak dari bulan puasa lagi.
Maklumlah, bulan puasa ni, sedikit sebanyak jadual harian kita sedikit berubah. Kalau dulu, bila masuk waktu rehat, prospek kita akan buka FB, akan buka blog, baca apa-apa yang baru, dan kalau ada sebarang produk yang dia berkenan, dia akan terus buat pembelian. Tapi situasinya sedikit berbeza semasa bulan puasa.
Boleh jadi pada waktu tu, bakal pelanggan kita lebih cenderung untuk mengisi masa dengan membaca, sama ada baca alquran atau baca bahan-bahan bacaan keagamaan. Masa bulan puasa juga, rata-rata akan lebih berjimat dan berhemat ketika berbelanja. Masa raya nanti nak pakai banyak duit.
Kemudian masuk bulan raya. Sesetengah prospek kita sambut raya sampai 30 hari. Mungkin sepanjang tempoh waktu ni, prospek kita masih belum betul-betul bersedia nak jadi pelanggan kita. Tapi sebagai usahawan, tak kan kita nak duk diam sahaja.
Mestilah jawapannya TIDAK. Kita kena buat sesuatu. After all, pendapatan kita bergantung kepada berapa banyak jualan yang berjaya kita hasilkan.
Macam mana nak pastikan jualan kita tak terjejas terus dan pendapatan kita tetap stabil walaupun pada musim perayaan?