“Pernah tak anda rasa sakit pada tangan, terutama pada bahagian jari setiap kali anda mengangkat beg-beg plastik selepas anda membeli belah barangan dapur, sama ada di Giant, , atau dimana-mana sahaja?”
Pastinya pernah, kan. Ini adalah satu situasi yang saya kira normal dan akan dilalui oleh setiap orang yang biasa shopping. Beg-beg plastik yang kita pegang tu, lama-kelamaan akan menyakitkan jari jemari kita, dan kelihatan seolah-olah ia mula menjerut tangan kita sendiri.
Kita pun mula adjust beg-beg plastik yang ada di tangan kita. Cuba untuk mencari kedudukan yang kurang menyakitkan, namun akhirnya kecewa.
Benda yang dipanggil sebagai ni mungkin sesuai untuk membantu menyelesaikan masalah tangan berasa sakit ketika shopping.
Jika anda berminat nak tau, berapa kos untuk dapatkan produk ini, dan buat pilihan di laman web tersebut. Lain penjual akan tawarkan harga yang berbeza. Jadi anda boleh buat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum pilih mana-mana satu yang anda berkenan.
Kalau nak buat pilihan yang paling jimat juga boleh. Semuanya ada dilaman web tersebut.
Namun, ada beberapa perkara yang anda perlu lihat terlebih dahulu sebelum dapatkan produk ini. Disebabkan saya dah beli produk ini, jadi saya nak share apa dia kriteria yang anda perlu lihat ya.
Pertama, ketahanan dan kekuatan produk. One trip Grip ni dikatakan mampu untuk menambung berat sehingga 50 paun atau lebih kurang bersamaan dengan 20KG. Walaubagaimanapun, anda perlu lihat dan rasakan sendiri, adakah One Trip Grip yang ada di tangan anda tu nanti mampu untuk menampung berat tersebut.
Agak-agak kalau dah mula tak stabil maka kenalah kurangkan sedikit beratnya. Biasanya orang akan beli dalam dua atau empat unit produk ni.
Kedua, dari mana produk akan dihantar kepada anda. Ini satu poin yang saya kira agak penting. Jika anda dapati, produk anda bakal dihantar dari luar negara, ia besar kemungkinan akan menyebabkan kelewatan dari segi penerimaan barang tersebut. Saranan saya, carilah yang lokal.
Ketiga, pastikan beg plastik tersebut tidak terlalu berat. Satu yang anda perlu tahu, produk ini dibuat daripada bahan plastik yang dikenali sebagai ABS plastik. Jadi, bila plastik ni, faham-faham sahajalah. Ia tidak begitu kukuh sebenarnya. Jadi, jangan la pula anda gunakan One Trip Grip ni untuk mengangkat barang-barang yang berat ya.
Keempat, produk ini dibuat di China. Seperti yang kita tahu, produk dari China ni bukannya tak bagus, namun ketahanan dia agak kurang.
Kelima, One Trip Grip akan memudahkan anda mengangkat beg-beg shopping anda. Ini fungsi dan kegunaan utama. Ia bukan sahaja memudahkan, malah ia juga akan memastikan tangan anda tidak sakit ketika mengangkat beg-beg tersebut.
Baiklah, harga One Trip Grip ni adalah sekitar RM10 – RM30 sahaja. Memang ada yang lebih mahal dari itu, namun saya kira dapatkan yang murah sahaja pun dah memadai. Baiklah, anda minat nak guna One Trip Grip ni masa shopping hujung minggu nanti?
.