Adakah anda merupakan peminat kucing? Jika anda adalah salah seorang peminat kucing, saya percaya anda akan berhadapan dengan salah satu dari masalah-masalah yang bakal saya sebutkan ini.
Bela kucing bukanlah satu perkara yang mudah dan murah. Jadi tak hairanlah kenapa ramai yang tak minat nak bela kucing. Komitmennya agak tinggi, dan hampir sama macam kita nak bela orang. Ada macam-macam masalah berkaitan dengan kucing yang kita akan hadapi.
Dalam perkongsian kali ini, saya nak kongsikan 5 sahaja masalah berkaitan kucing dan apa dia penyelesaian yang saya sendiri ambil. Mungkin ada satu atau dua penyelesaian yang saya kongsikan dalam blog ini akan berguna untuk anda juga.
Masalah kucing perlu ditinggalkan dirumah untuk beberapa hari
Bila ada bela kucing ni memang akan terasa payah sikit kalau nak jalan jauh. Kalau setakat yang boleh balik hari tu tak ada masalah sangat. Waktu pagi tu atau masa sebelum keluar rumah, kita boleh penuhkan bekas makanan untuk kucing-kucing ni dengan makanan.
Tetapi, kalau perjalanan jauh dan kita kena tinggalkan rumah 3 – 4 hari maka ianya agak susah sikit. Setengah kucing ni, bila kita penuhkan bekas makanan dia dengan makanan, dia akan habiskan pada hari tu jugak.
Kadang-kadang tu, kalau ikut kita punya bajet, makanan yang kita tinggalkan cukup untuk 3 hari. Tapi sesetengah kucing ni, bila dia nampak makanan ada banyak, dia akan makan, makan dan terus makan. Baru masuk hari kedua, makanan dah habis.
Mungkin dia ingat, kita akan balik dan bagi dia makanan. Jadi, kalau makanan dia habis sebelum kita balik, kan kesian kat si meow kita tu kan. Jadi, untuk masalah-masalah macam ni, bolehlah gunakan food dispenser macam dalam gambar ni.