UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Masalah jualan terlalu sedikit bagi bisnes Kedai Runcit

February 4, 2017 by sabree hussin 7 Comments

Baru-baru ni, saya ada terima soalan menerusi emel berhubung isu bisnes kedai runcit. Soalan dia adalah seperti dibawah ni.

 

“Assalamualaikum…. saya telah berniaga selama 9 bulan di Puncak Alam. Di lokasi tersebut memang tak ada kawasan perumahan, jadi berniaga pun memang slow sangat. Sekarang tengah tunggu satu apartment yang di jangka akan siap 2 tahun lagi…

Saya hanya boleh bertahan je. Saya yakin bila apartment tu dah siap 2 tahun lagi, saya pasti ramai penduduk di situ. Apa yang perlu saya buat sekarang dengan masalah saya ni dan apa yang perlu saya buat untuk majukan perniagaan kedai runcit saya ni?

Satu hari pernah dapat RM20 je. Kadang-kadang saya dah naik fedup dah nak teruskan perniagaan ni. Saya dah tak tau nak fikir dan buat macam mana lagi. Saya harap tuan dapat tolong saya untuk menangani masalah yang saya hadapi sekarang. Terima kasih.”

kedai-runcit-kampung

Bisnes apa yang tak ada masalah? Rasanya tak ada. Tak ada bisnes yang tak ada masalah. Boleh dikatakan semua pemilik bisnes ada masalah UNIK mereka sendiri. Walaubagaimanapun, setiap perniagaan itu juga mempunyai masalah yang lebih kurang sama.

 

Masalah biasa yang dialami oleh kebanyakkan perniagaan ialah, masalah nak hasilkan jualan.

i. Sesetengah perniagaan, jualan terlalu sedikit. Jualan tu ada, tapi tak berbaloi.

ii. Ada perniagaan langsung tak ada jualan. Tunggulah berapa lama sekalipun, tetap tak ada pelanggan yang datang ke kedai kita.

iii. Ada perniagaan yang boleh buat jualan, namun jumlahnya tak cukup untuk bayar komitmen dan hutang perniagaan.

 

Jadi, kalau kedai runcit ada masalah untuk hasilkan jualan, ia bukannya sesuatu yang pelik sangat. Malahan, kalau kita perhatikan, sekarang ni bukan kedai runcit sahaja yang ada masalah untuk buat jualan, malahan masalah yang sama turut dialami oleh lain-lain jenis perniagaan.

 

Orang yang jual kereta ada masalah untuk buat jualan. Bisnes hartanah, bisnes homestay atau apa-apa bisnes yang ada atas muka bumi ini. Even orang yang buat bisnes online pun ramai yang struggle untuk dapatkan jualan dan pelanggan.

 

Kalau kita buka buku-buku panduan dan buku rujukan tentang perniagaan, lebih-lebih lagi yang membincangkan topik tentang perniagaan berkonsepkan brick and mortar, ala bisnes yang jenis ada premis perniagaan ni la… kita akan jumpa beberapa poin yang perlu kita ambil kira sebelum, semasa dan kalau boleh setiap masa kita jalankan perniagaan kita tu.

[Read more…]

Filed Under: Bisnes Kedai Runcit, Tanya Sabree Hussin Tagged With: bisnes kedai runcit, cara pasarkan bisnes kedai runcit, kedai runcit, masalah jualan kedai runcit, masalah kedai runcit, panduan bisnes kedai runcit, rancangan pemasaran kedai runcit

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in