Pertemuan antara saya dengan dengan Tuan Indera Saifullah atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Indera bukanlah suatu pertemuan yang sengaja dirancang pada mulanya. Kami berkenalan pun menerusi media sosial.
Dek kerana ke’tidak-sengaja’an ini, akhirnya saya set satu sesi appointment dengan beliau. Rupanya disebalik pertemuan ini, ada MISTERI dan juga RAHSIA besar yang tersurat dan yang tersirat bakal dibongkarkan.
Nak tahu apa RAHSIA dan MISTERI yang saya maksudkan? Sila teruskan pembacaan… Saya JAMIN, pasti ada perkara baru yang anda bakal pelajari daripada apa yang saya kongsikan nanti.
Jumaat, 19 September 2014, sekitar jam 9.00 malam, Bandar Sri Damansara
Kebetulan malam tu saya ada buat delivery (penghantaran) di Cheras. Jadi, memandangkan saya ada tugasan luar, saya ambik kesempatan ini untuk contact CIkgu Indera.
Sebenarnya saya sendiri tak biasa dengan selok belok jalan di sekitar Bandar Sri Damansara, jadi, saya pun bawa bersama abang sepupu saya 🙂
Malam tu sempat bertukar-tukar informasi dengan beliau. Saya kongsikan serba sedikit pengalaman yang saya ada dalam bidang pemasaran online, manakala beliau pula bercerita mengenai salah satu topik yang menjadi kepakaran beliau, iaitu “masalah gangguan jin dan teknik rawatan penyembuhan”
*
4 Cara Bagaimana Jin Mengganggu Manusia
Sebelum saya kongsikan, bagaimana cara jin mengganggu manusia, ada baiknya saya cerita dulu mengenai simptom-simptom gangguan jin ni terlebih dahulu.
Almaklumlah, setengah orang, dia tak tahu, dan dia tak sedar yang selama ini, dia diganggu oleh Jin. Apa tidaknya, kalau simptom-simptom gangguan pun dia tak kenal, macam mana dia nak tahu sama ada ada gangguan pada diri dia ataupun tidak?
Jadi, saya syorkan pada anda, untuk lihat senarai dibawah ini baik-baik. Ada atau tidak simptom-simptom berikut pada diri anda. (sekurang-kurangnya perlu ada 3 atau lebih sebelum pengesahan dibuat sama ada terdapat gangguan atau tidak.)