Logam emas dan perak adalah contoh pelaburan logam yang cukup popular di seluruh dunia. Sebut sahaja emas ataupun perak, semua orang yang berakal tahu, apakah nilainya.
Sudahkah anda menyediakan bajet khas untuk membuat pelaburan terhadap kedua-dua atau salah satu jenis logam berharga ini? Jika kita rujuk pada mana-mana pakar pelaburan sekalipun, perkara pertama dan UTAMA sebelum kita mulakan sebarang bentuk pelaburan adalah dapatkan ILMU terlebih dahulu.
… dan itulah yang saya sedang lakukan. Saya juga harapkan agar anda juga akan lakukan perkara yang sama sebelum mula melabur dalam pelaburan emas ataupun perak.
Ini adalah buku yang baru saya baca mengenai pelaburan emas dan perak. Buku ini berjudul Magnet Emas Magnet Kekayaan.
Emas sebagai magnet kekayaan? Macam mana tu? Mesti ramai yang nak tau, bagaimana emas boleh bertindak umpama magnet yang mampu untuk menarik lebih banyak kekayaan kepada pemiliknya.
Pada muka surat 20 buku Magnet Emas Magnet Kekayaan ini, penulisnya iaitu Ir Sofian ada menyebutkan mengenai 10 Rahsia Minda Jutawan Logam dan di kesempatan ini saya nak kongsikan salah satu daripadanya, iaitu
“Obses dengan ILMU pelaburan Logam”
Ya… Anda tak tersalah baca. Penulis bukannya mencadangkan untuk kita sekadar ambik tahu, ataupun perlu mempunyai minat untuk mempelajari ilmu mengenai pelaburan logam, sebaliknya penulis menggunakan perkataan obses. (jangan tersilap dengan perkataan obes pula ya)