Penghantaran PERCUMA untuk pembelian produk-produk terpilih.
Bila kita buat sebarang pembelian secara online, salah satu kos yang perlu kita lihat adalah kos penghantaran. Kos penghantaran ini akan menyebabkan pembelian kita jadi lebih mahal daripada harga yang dipaparkan.
Adakalanya, penjual yang berbeza akan menetapkan kos penghantaran yang berbeza juga. Ada juga sesetengah penjual yang buat duit melalui caj penghantaran.
Contohnya caj penghantaran jika menggunakan perkhidmatan dari pos laju bagi barangan yang beratnya kurang dari 500 gram ialah RM6 sahaja. Namun begitu, sesetengah penjual akan letakkan kos penghantaran kepada RM10, kerana bagi dia caj penghantaran adalah termasuk kos-kos seperti upah pembungkusan, petrol ke pejabat pos dan juga kos parking.
Baiklah itu cerita peniaga kecil-kecilan secara online. Kali ini saya nak ceritakan tentang promosi penghantaran percuma sekiranya anda membuat pembelian di laman web ini.
Untuk bulan Oktober ni, promosinya adalah promosi penghantaran secara PERCUMA.
Sekurang-kurangnya terdapat 600++ produk yang termasuk dalam promosi ni… dan daripada banyak-banyak produk tu, adalah beberapa produk yang menarik perhatian saya. Antaranya…