Bulan Mac 2017 ini, adalah bulan ulangtahun Lazada Malaysia yang kelima!
Bersempena dengan ulangtahun tersebut, Lazada kini sedang mengadakan kempen dan promosi besar-besaran di laman web mereka. Cubalah pergi ke website Lazada. Mana tahu ada barangan yang berkenan dihati.
Apabila dah masuk tahun yang kelima ni, dah semestinya mereka akan makin sukses dan terus sukses. Kalau awal-awal dulu, semasa saya baru kenal dengan nama lazada, banyak juga cerita-cerita yang agak menakutkan tentang portal e-dagang ini.
Barang tak sampai. Barang rosak. Barang lambat dan macam-macam lagi cerita. Tapi itu dulu.
Biasalah. Kalau masih baru, pasti akan ada isu-isu yang kurang best kita akan dengar. Sebenarnya masalah macam ni, juga dilalui oleh banyak lagi laman web ecommerce diluar sana. Kalau ada satu dua masalah, itu perkara normal.
Saya juga pernah hadapi beberapa masalah sepanjang berbelanja di laman web Lazada, tetapi apa yang menariknya, mereka mempunyai pasukan khidmat pelanggan yang cekap dan biasanya semua masalah boleh selesai dalam masa yang cepat.