Laman web percuma yang saya maksudkan dalam perkongsian pada kali ini adalah merujuk kepada laman web yang anda boleh bina menggunakan servis dari wordpress.com, blogger.com, tumblr.com dan banyak lagi. Tiada sebarang caj dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan yang mereka sediakan.
Selain daripada nama-nama website yang saya sebutkan, anda boleh juga gunakan perkhidmatan percuma yang disediakan oleh laman media sosial seperti facebook, instagram, LinkedIn, dan sebagainya bagi tujuan pemasaran. Namun, anda perlu bandingkan sama ada apa yang saya bakal kongsikan dalam post ini adalah relevan atau tidak dengan servis dari media sosial pilihan anda.
Jika tidak relevan, maka saya syorkan anda gunakan servis daripada laman-laman web yang saya sebutkan. Sudah tentu dari segi fungsi dan prestasi, ada ketikanya menggunakan website adalah lebih baik daripada sekadar menggunakan laman media sosial.
Ini dia sebab kenapa anda patut manfaatkan servis yang disediakan oleh laman web percuma untuk tujuan pemasaran anda secara online.
(1) Gunakan laman web percuma sebagai persediaan dan latihan
Adakah ini merupakan kali pertama anda menceburkan diri dalam bidang pemasaran dan perniagaan online? Jika jawapan anda adalah YA, mungkin anda patut pertimbangkan untuk bina laman web perniagaan anda menggunakan servis yang percuma terlebih dahulu.
Peringkat awal, lazimnya kita akan buat banyak kesilapan. Tak kisahlah walau berapa banyak panduan yang anda pernah baca sebelum ini, adakalanya kita memang tak dapat elak daripada melakukan kesilapan.
Jadi, pilihlah untuk guna servis percuma seperti yang ditawarkan oleh blogger.com untuk bina laman web anda. Anda boleh lakukan bermacam-macam eksperimen dengan laman web percuma tersebut. Mungkin anda nak cuba bangunkan laman web dengan konsep blog… Atau anda mungkin nak jadikan laman web blogspot anda sebagai laman minisite.
Semuanya anda boleh lakukan. Jika pada satu hari nanti, anda dapati konsep yang anda cuba bawakan kurang menguntungkan atau kurang memberangsangkan, anda boleh tinggalkan laman web tersebut dan bina laman web yang baru. Tiada sebarang kerugian dari pihak anda.
Satu lagi perkara yang anda perlu tahu, laman web percuma dari blogspot, memang cukup sesuai untuk digunakan sebagai platform untuk bina kedai online anda. Konsep ini juga dinamakan sebagai blogshop. Anda boleh baca post saya sebelum ini jika minat untuk tahu dengan lebih lanjut tentang konsep blog sebagai kedai online.
Klik untuk baca: Mudahnya Bisnes dengan BLOGSHOP
Jadilah seorang yang kreatif. Jangan takut rugi dan jangan takut gagal. Anggap sahaja masa yang bakal anda gunakan untuk bina laman web tersebut sebagai masa untuk pembelajaran.
(2) Memandangkan ianya PERCUMA, anda boleh buat beribu-ribu laman web
Tiada had untuk anda bina laman web promosi. Kalau anda larat dan ada kekuatan, anda boleh bina sehingga 1,000 laman web. Kalau nak bina lebih dari itu pun tak ada masalah.
Cuma mungkin anda tak ada masa atau tak larat nak maintain kesemua laman web tersebut. Seandainya anda bangunkan laman web jenis blog, mungkin ada laman web yang anda terpaksa kemaskini dalam sela masa sebulan sekali sahaja misalnya.
Kalau nak kemaskini setiap hari mungkin tak sempat.
(3) Jadikan laman web percuma sebagai back up website berbayar anda
Biasa saya dengar, laman web percuma ni kurang selamat sebabnya pihak penyedia perkhidmatan, contohnya blogspot.com pada bila-bila masa boleh mengambil tindakan drastik untuk delete laman web anda.
Ya, saya memang biasa dengar benda ni. Tapi secara peribadi benda ni tak pernah pulak terjadi pada saya. Mungkin ada laman web milik orang lain yang jadi mangsa.
Kalau saya boleh teka, laman web yang kena delete tu mungkin sebab ada melanggar terma dan syarat dari blogspot. Contohnya, pemilik laman web menyiarkan post-post yang mempunyai unsur-unsur lucah, gambar yang keterlaluan dan sebagainya. Memandangkan perkhidmatan tersebut adalah disediakan oleh blogspot, sebagai penyedia perkhidmatan mereka bertanggungjawab untuk memastikan servis percuma yang mereka tawarkan tidak disalahgunakan.
Sebenarnya, website yang berbayar, yang menggunakan domain dan hosting sendiri juga tidaklah 100% secure. Ada juga kemungkinan untuk berlaku, laman web kita digodam ataupun lain-lain masalah teknikal.
Itulah sebabnya saya nak syorkan, untuk gunakan laman web percuma bagi tujuan back up kerja-kerja anda. Kalau nak back up gunakan servis berbayar yang lain juga boleh, namun ada kos tambahan la pulak.
Mujurlah ada servis yang boleh kita gunakan untuk bina laman web secara percuma. Jadi kita boleh gunakan perkhidmatan ini sahaja.
(4) Laman web percuma memang mudah dikendalikan
Kebanyakkan laman web percuma sangat mudah untuk dikendalikan. Orang putih kata, ianya user friendly.
Malahan, jika anda menggunakan blogspot sebagai platform bagi membina laman web, anda akan dapati diluar sana terdapat ramai komuniti yang terdiri daripada para pengguna blogspot yang saling support each other. Mereka membina pelbagai tema, template dan macam-macam skrip untuk menjadikan laman web blogspot mereka kelihatan menarik.
Sekiranya anda ingin bina laman web jenis minisite yang menggunakan platform percuma dari blogspot, anda boleh gunakan skrip minisite to blogspot ini. Dalam masa kurang dari 1 minit, anda boleh hasilkan pelbagai design yang menarik lagi profesional.
(5) Unlimited Bandwidth
Ini kelebihan laman web percuma berbanding laman web jenis berbayar. Memang agak jarang kita jumpa laman web yang percuma ada masalah kehabisan bandwidth.
Berbeza dengan laman web jenis yang berbayar ni. Bila trafik mula meningkat, pada waktu itu kita mula perlukan bandwidth yang tinggi bagi menampung jumlah trafik yang masuk ke laman web kita. Tapi benda ini tak pernah terjadi jika guna website percuma.
Adakah saya menggunakan website percuma bagi tujuan pemasaran online? Sudah tentu. Malahan bilangan website percuma yang saya bangunkan semakin bertambah dari hari ke hari.
Saya berpendapat, anda juga patut buat apa yang saya buat, barulah nanti anda juga akan dapat banyak pendapatan dari kerja-kerja pemasaran online anda.