Bila kali terakhir anda melakukan pembelian barangan secara online?
Adakah dalam minggu ini? Beberapa jam yang lalu? Ada buat pembelian secara online dalam bulan ini? Atau setidak-tidaknya, anda ada buat pembelian secara dalam talian sekurang-kurangnya sekali dalam tahun ini.
Dimana anda buat pembelian?
Adakah melalui instagram? Facebook? Atau lain-lain media sosial? Adakah anda baru sahaja buat pembelian di laman web kepunyaan penjual?
Membeli belah secara dalam talian adalah satu perkara yang biasa pada hari ini. Kalau dulu, mungkin orang agak takut untuk melakukan transaksi dan berurusan secara dalam talian. Tapi sekarang? Tidak lagi.
Pengguna lebih terbuka untuk berurusan secara online sahaja. Pembelian secara dalam talian, walaupun ia memudahkan urusan jual beli, namun ia ada risikonya yang tersendiri.
Orang macam saya, memang tak berapa yakin nak beli barang di Instagram, Facebook mahupun lain-lain media sosial. Tetapi kalau nak beli barang secara online menerusi laman web seperti Lazada, itu tak ada masalah.
Mungkin anda pernah dengar tentang laman web Shopee sebelum ini?
Pengguna seperti saya, bukan sahaja menggunakan laman web ecommerce seperti ini untuk shopping online semata-mata, malahan kami juga menggunakannya sebagai satu cara cepat untuk membuat perbandingan harga. Kadang-kadang saya akan bandingkan harga antara Shopee dengan Lazada. Kalau saya ada banyak masa, saya akan buat perbandingan antara semua ecommerce yang saya tahu, yang beroperasi di Malaysia.