Sudahkah anda bersedia untuk menamatkan zaman bujang anda dan melangkah ke alam perkahwinan bersama dengan pasangan pilihan hati anda? Jika jawapan anda ialah YA, pastinya anda telah pun sedia maklum bahawa salah satu syarat untuk anda melangkah ke gerbang perkahwinan adalah untuk menghadirkan diri ke kursus Pra Perkahwinan.
Jika anda tinggal di sekitar lembah Klang, atau lebih spesifik lagi tinggal dikawasan-kawasan berikut iaitu Danau Kota, Bangsar, Wangsa Maju, Dato Keramat, dan Gombak, info tentang lokasi kursus pra perkahwinan ini pasti berguna untuk anda.
Tahukah anda, apakah kesilapan lazim yang biasa dilakukan oleh bakal-bakal pengantin di luar sana? Suatu kesilapan yang nampak mudah, namun akhirnya memakan diri dan menjadikan diri semakin stress apabila makin tiba hari bahagian? Anda nak tahu apa dia?