Sistem autoresponder Aweber bukan sekadar memberikan perkhidmatan autoresponder, namun pada masa yang sama, mereka turut menawarkan program perkongsian keuntungan ataupun referral program yang boleh disertai oleh para pelanggannya bagi meningkatkan lagi pendapatan.
Jadi, bila anda menjadi pengguna sistem autoresponder aweber, anda boleh buat duit dengan memasarkan produk-produk anda menerusi emel, dan pada masa yang sama, jika anda mempromosikan sistem autoresponder ini, anda juga berpeluang untuk buat duit. Senang kata, anda akan dibayar komisyen untuk setiap pengguna baru yang memilih untuk menjadi pengguna aweber.
Ini adalah salah satu cek yang saya terima dari Aweber.
Ini juga sebenarnya adalah cek pertama yang saya pernah terima daripada Aweber. Pada asalnya, saya pun tak ada la mengharap sangat nak dapat cek dari Aweber macam ni. Fokus saya, apabila saya menjadi pengguna sistem autoresponder ini ialah, saya hanya nak jadi pengguna.