Apa yang terlintas difikiran anda apabila dengar perkataan Jualan?
Mungkin bila dengar perkataan ‘jualan,’ ataupun sales, ada yang akan terus terbayang sesuatu yang kurang menarik dan kurang menyenangkan, betul tak?
Kalau anda pun rasa macam tu, sebenarnya… normal lah tu. Ramai je yang rasa macam tu!
Dengar perkataan jualan itu sendiri dah boleh buat rasa stress.
Seboleh-bolehnya nak cuba elakkan bidang kerja yang perlu buat jualan.
Saya rasa, kalau diberi pilihan, sama ada nak bekerja dalam bidang yang perlu buat jualan dengan yang tak perlu buat jualan, majoriti orang akan pilih bidang yang tak memerlukan untuk buat jualan.
Tapi hari ni, saya nak cuba ubah perspektif dan tanggapan anda tentang dunia jualan.
Bidang jualan ini sebenarnya adalah satu cara untuk mencipta kebebasan, kehidupan yang lebih bermakna, dan gaya hidup yang serba baru.
Pertama sekali, kita perlu jelas tentang satu perkara, iaitu bidang Jualan bukan sekadar tentang menjalankan aktiviti Menjual sesuatu barangan atau perkhidmatan, bagi tujuan mendapatkan untung semata-mata.
Ia patut dilihat dari perspektif yang lebih luas lagi.