Bisnes freelance? Apa benda tu ye? Selalunya saya cuma bercerita tentang kerja sebagai seorang freelancer, tapi kali ini saya nak sentuh sedikit topik mengenai bisnes freelance.
Kalau ada yang masih belum tahu, apa itu bisnes freelance dan mungkin minat nak tahu, bolehlah luangkan sikit masa untuk ikuti perkongsian saya ini ya.
Freelance ini merujuk kepada seseorang yang bekerja untuk dirinya sendiri. Dia tidak terikat dengan mana-mana majikan mahupun syarikat, atau dengan kata lainnya, dia adalah seorang pekerja bebas.
Zaman sekarang ini, kerja sebagai seorang freelance (atau freelancer) adalah sesuatu yang dianggap biasa. Ada orang bekerja sebagai freelance hanya sekadar separuh masa, dan ada juga yang kerja freelance full time. Macam saya sendiri, saya kerja freelance full time.
Dulu waktu masih bekerja, saya buat kerja-kerja yang saya buat sekarang ni juga secara part time. Memandangkan sekarang saya dah tak terikat dengan mana-mana majikan, bolehlah fokus dengan kerja yang saya buat ini secara sepenuh masa.
Kerja freelance ini memang best. Ada kerja adalah bayarannya. Andaikata nilai sesuatu tugasan itu ialah RM1,000 maka kesemua itu akan jadi milik kita. Kita tak perlu nak kongsikan dengan sesiapa, especially dengan insan bernama majikan (atau boss).
Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang pernah ada pengalaman sebelum ini. Bersusah payah dapatkan projek untuk syarikat, buat persediaan, pembentangan dan siapkan kerja, tapi akhirnya anda hanya dibayar gaji. Sedangkan anda tahu, nilai projek tersebut sangat besar, mungkin mencecah puluhan ribu ataupun ratusan ribu nilainya.
Namun disebabkan anda hanyalah seorang pekerja, anda hanya layak menerima gaji bulanan sahaja. Kalau syarikat anda beri anda bonus setiap tahun, at least seronoklah sikit. Justeru, individu yang yakin dengan kebolehan diri, yang mempunyai skil yang tinggi, selalunya ada kecenderungan untuk mulakan kerjaya sebagai freelancer secara sambilan.
Boleh jadi, ia didorong oleh rasa tak adil. Almaklumlah, kita yang bersusah-payah dapatkan projek, pastikan projek berjaya, namun habuannya semua dinikmati oleh majikan. Orang yang hanya duduk goyang kaki dipejabat, yang tak perlu tahu susah-payah kita menyiapkan kerja, dia tu yang paling banyak dapat manfaat. Hanya sebab dia adalah bos, dan kita adalah kuli.
So why not, kalau kita cuba buat benda yang berbeza. Kita gunakan kemahiran dan segala skil yang kita ada untuk mula jadi seorang freelancer.
Ada freelancer yang selesa buat kerja-kerja dia dan tak bercadang untuk kembangkan apa yang dia ada sebagai satu perniagaan. Namun, ada juga freelancer yang berpandangan jauh, dan mula mengorak langkah dan mengatur strategi agar kerja-kerja yang dia lakukan sekarang ini, boleh ditukar kepada satu perniagaan yang lebih besar dan berdaya saing dimasa akan datang.
Ada beza ke kalau fokus kerja sebagai freelancer, dengan bina bisnes berdasarkan kerjaya freelancer yang kita lakukan? Jawapannya? Sudah tentulah ada bezanya.