Pada satu hari, saya menerima panggilan telefon dari nombor yang tak dikenali. Mula-mula saya ingatkan pelanggan saya yang call rupanya sangkaan saya silap.
“Hello, saya dari Lazada ni. Ada orang tak dekat rumah? Dalam sepuluh minit lagi saya nak datang hantar barang.”
Ini satu perkara yang patut diberikan pujian kepada syarikat kurier yang digunakan oleh pihak Lazada. Setiap kali mereka nak hantar barang, mereka akan call dulu. Ala-ala nak buat appointment dengan penerima barang gitu. Kalau ada orang kat rumah, barulah dia akan hantar barang tu. Kalau tak ada orang, dia akan simpan dulu dan akan cuba hantar pada masa lain. Mungkin hantar pada lewat petang, hari yang sama.
Kebiasaannya, bila kita beli barang secara online, kita memang akan sertakan nombor telefon kita untuk dihubungi. Mana-mana syarikat kurier yang call dulu pelanggan sebelum buat penghantaran, memang terbaik.
Cuma sayangnya, bukan semua syarikat kurier seperti itu. Bukannya kita tak berikan nombor telefon, ada beri tapi mereka memilih yang senang. Tak nak call dulu sebelum hantar barang.
Ini yang biasa berlaku bila syarikat kurier buat penghantaran, penerima tak ada kat rumah, ataupun tak sesiapa kat rumah untuk sambut barang yang dihantar tu. Kesudahannya? Pelanggan akan dapat barang yang ditempah lebih lama daripada masa yang sepatutnya.