Saya nak sambung sedikit perbincangan terdahulu mengenai topik buat duit dengan program affiliate. Kali ini saya nak sentuh mengenai kelebihan yang terdapat pada program affiliate yang mungkin tak tak terdapat pada model bisnes yang lain.
Anda mungkin masih belum yakin untuk mula ceburkan diri dalam bidang ini. Jadi perbincangan kali ini saya nak highlight mengenai kelebihan yang ada pada bisnes yang dibina berkonsepkan affiliate marketing.
Ada orang anggap affiliate marketing hanyalah satu kaedah untuk buat duit online. Pada saya pula, affiliate marketing ini adalah suatu bisnes. Apabila dibuat dengan mindset yang betul, income yang terhasil mampu untuk memberikan kita kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya.
Jadi tanpa membuang lebih banyak masa, ini dia kelebihan yang terdapat pada bisnes berkonsepkan pemasaran affiliate.
1. Disini terdapat peluang bisnes yang sangat menguntungkan
Perniagaan yang bernilai jutaan ringgit turut menawarkan program affiliate. Kenapa agaknya ya?
Kita tengok perniagaan yang dimiliki oleh Lazada dan juga Shopee. Laman web mereka (dan juga applikasi mobile) menerima kunjungan dari pengguna sebanyak puluhan juta kunjungan dalam masa sebulan. Orang yang sama mungkin mengunjungi laman web mereka berulang kali dalam masa satu bulan.
Tak perlu cerita untuk tempoh sebulan, saya rasa anda mesti kenal seseorang yang suka sangat tengok-tengok barang di Shopee tanpa mengira waktu. Mungkin dalam masa satu hari, ada dua atau tiga kali dia akan buka apps shopee dan mula buat window shopping.
Biasanya individu yang suka sangat buka shopee ni mungkin sebab dia ada terbaca review, ataupun posting dari kawan-kawan FB yang rekemen untuk beli barang itu barang ini. Begitulah besarnya pengaruh media sosial terhadap laman web online shopping seperti ini.
Sebelum ini anda mungkin tak menyangka, yang sebenarnya posting dari rakan anda itu sebenarnya adalah posting yang mempromosikan link affiliate!
Syarikat ecommerce seperti Lazada dan Shopee ini sudah popular dan mempunyai reputasi yang baik, namun masih tetap tawarkan program affiliate. Adakah sebab ejen affiliate merupakan antara penyumbang kepada jualan jutaan ringgit yang terhasil? Boleh jadi juga.
Pihak syarikat yang offer program affiliate sebenarnya tak rugi apa-apa. Mereka hanya perlu bayar komisen kepada affiliate hanya apabila ada jualan terhasil. Kalau tak ada jualan terhasil, mereka masih dapat benefit melalui free marketing yang dilakukan oleh pihak ejen.
Sedangkan kalau tanpa affiliate, syarikat perlu bayar sejumlah kos untuk tujuan pemasaran. So its a free marketing dan hanya perlu bayar bila ada jualan. Itu dipihak penganjur program.