Tahukah anda, sebenarnya bisnes multi level marketing ada banyak kelebihan!
Simple.
Kalau bisnes ini tak ada kelebihan, sudah tentu tak ada siapa yang berminat nak join syarikat yang membuka peluang kepada orang ramai untuk jadi pengedar menerusi sistem MLM.
Tapi mungkin sebab nama MLM itu sering dicemari oleh skim piramid atau skim cepat kaya, menyebabkan ada sebilangan orang yang mula anti, menyampah, dan meluat dengan bisnes yang dipromosikan secara MLM.
Itu belum lagi kita ambil kira gelagat segolongan individu yang berkelakuan pelik, suka menunjuk-nunjuk kemewahan, menipu dan sebagainya. Semua ini memberi impak yang kurang baik terhadap industri MLM.
Sebenarnya, jika sesebuah perniagaan itu memang betul-betul beroperasi menerusi syarikat yang sah, mempunyai lesen jualan langsung yang dikeluarkan oleh KPDNHEP, mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Direct Selling Association Of Malaysia (DSAM), benda-benda aneh seperti bermewah-mewah dalam kerja pemasaran, menjanjikan bulan bintang dan sebagainya tidak akan berlaku.
Sebaliknya bisnes tersebut akan lebih berfokus kepada memastikan kumpulan pengguna sasaran dapat menggunakan produk yang dikeluarkan oleh syarikat. Ia lebih menjurus kepada memastikan produk syarikat dapat sampai kepada pengguna sasaran.
Jadi kali ini, saya akan senaraikan antara kebaikkan yang ada pada bisnes yang menggunakan model pemasaran jenis MLM. Setelah mengetahui kelebihan-kelebihan yang ada pada model bisnes jenis ini, barulah saya lebih terbuka untuk sertai perniagaan tersebut. Baiklah tanpa melengahkan masa, ini dia antara kebaikkan bisnes MLM yang anda perlu tahu.