Perhatian kepada mereka yang sedang mencari idea untuk memulakan bisnes sendiri yang boleh dijalankan dari rumah.
Saya harap anda dapat luangkan sedikit masa untuk membaca perkongsian saya ini dengan teliti!
Apa yang bakal saya bincangkan menerusi artikel ini adalah mengenai idea bisnes dari rumah. Ya, anda tidak tersalah baca. Posting ini tentang kaedah atau cara nak buat bisnes dari rumah, bukannya tentang bekerja dari rumah.
Ada beza ke antara bekerja dari rumah dengan berbisnes dari rumah? Oh sudah tentulah ada beza. Walaupun dari segi luaran, kedua-duanya nampak sama, iaitu perlu melakukan kerja, namun dari segi pulangan hasil, ianya tak sama.
Kalau kerja dari rumah, lazimnya sebelum memulakan kerja tersebut, kita dah tahu berapa kadar upah yang bakal kita terima setelah siapkan kerja tersebut. Contohnya, kerja menulis artikel yang saya sendiri tawarkan, kadar upahnya adalah RM100 untuk satu artikel.
Sekiranya ada pihak yang sanggup buat bayaran sebanyak itu, barulah saya akan buat kerja tersebut. Jika tidak, saya akan fokus kepada kerja lain, yang boleh memberikan pendapatan kepada saya.
Berbeza dengan melakukan bisnes dari rumah. Pendapatan orang yang menjalankan kegiatan bisnes dari rumah adalah dalam bentuk keuntungan. Ada modal awal yang perlu dikeluarkan dan seterusnya ada kos-kos tertentu yang perlu dibelanjakan.
Kemudian setelah siap kerja, atau siap berurusan dengan pelanggan, dari situ kita boleh kenalpasti berapa sebenarnya keuntungan yang telahpun berjaya dihasilkan.
Bila kita merancang nak buat bisnes sendiri dari rumah, ada beberapa kemungkinan yang kita perlu bersedia untuk hadapi, antaranya