Pemasaran affiliate.
Bidang ini sememangnya menawarkan peluang penjanaan pendapatan yang sangat lumayan dengan usaha yang minima.
Anda tak perlu risau bab modal, kerana melalui program affiliate ini, modal dari segi wang ringgit akan jatuh kepada perkara yang ke seterusnya. Senang cerita bukan perkara penting.
Namun, anda tetap perlukan pengetahuan dan ilmu pemasaran yang sebenar untuk membantu anda jana wang yang lumayan.
Dalam catatan pada kali ini, saya nak kongsikan pada anda, bagaimana dan apa yang perlu anda buat bagi meningkatkan peluang anda untuk jana pendapatan daripada program affiliate ini.
Hari ini, kita sembang bab statistik je dulu.
Berapa ramai yang buat affiliate marketing, dia kaji statistik?
Maksud saya, statistik klik. Dalam kajian klik ini, kita akan lihat dari mana klik tu datang, pukul berapa paling banyak klik, hari apa yang ada banyak klik, dan dekat mana terhasilnya klik tersebut?