“Rahsia jurus pemikat jualan – Bagaimana memukau emosi pembeli untuk terus membeli.”
Anda berminat nak tahu rahsia untuk hasilkan jualan dengan menggunakan ayat yang betul dan disukai oleh pelanggan?
Sebagai seorang yang berkecimpung dalam bidang jualan, sudah tentu kita nak prospek kita beli setiap produk, ataupun perkhidmatan yang kita promosikan kepada mereka.
Kita sedia maklum, pelanggan membeli sesuatu barangan bukan semata-mata sebab logik, sebaliknya didorong oleh faktor emosi.
Emosi adalah perasaan jiwa yang kuat di dalam hati atau sanubari seperti suka, marah, teruja, sedih, gembira, takut, berani dan sebagainya.
Perasaan ini mampu untuk mempengaruhi segala tindak tanduk manusia.
Dalam bidang jualan juga begitu.
Pelanggan membeli kerana dipengaruhi oleh emosi yang menguasai dirinya, kemudian barulah dia akan berikan justifikasi menurut logik akal kenapa sesuatu keputusan itu dilakukan.