Anda dah pun bayar yuran penyertaan untuk mengikuti program latihan Jobdirumah. Kod akses untuk login ke laman web ahli jobdirumah pun anda dah terima. Saya percaya, anda adalah seorang yang menghargai setiap sen yang anda belanjakan sama ada untuk tujuan personal development atau untuk lain-lain tujuan.
Kita cerita bab jobdirumah je secara spesifik. Kalau anda seperti saya, pernah sertai dan pernah dapatkan panduan Jobdirumah ni, sekurang-kurangnya anda akan study berulang-ulang kali sebanyak 5 kali minimum pada hari pertama.
Bacaan kali pertama adalah untuk dapatkan gambaran secara keseluruhan tentang skema dan cara kerja menerusi platform jobdirumah.
Bacaan kali kedua, sambil baca sambil praktikkan mana-mana yang boleh terus dipraktikkan, seperti mengisi online resume, personal profile dan sebagainya.
Bacaan kali ketiga, untuk baca segmen yang khusus dan spesifik yang susah sikit nak faham, seperti tentang prosedur kerja, sistem bidding, dan teknik serta strategi untuk meletakkan kadar upah.
Bacaan kali keempat dan kelima dibuat sepintas lalu.
Nah… Itu baru hari pertama, dah baca sebanyak 5 kali sekurang-kurangnya. Saya kata sekurang-kurangnya, sebabnya saya sendiri baca lebih dari tu. Ada ketikanya, saya buat juga bacaan dari sumber luar, selain daripada jobdirumah untuk lebih memahami sistem dan cara kerja laman-laman web yang menawarkan sumber pekerjaan tu. Kat situ, pun banyak jugak tips yang boleh didapati. Cuma perlu tahu kat mana nak tengok dan macam mana nak cari.
Jobdirumah dan jobstreet
Selain jobdirumah, saya pernah melanggan perkhidmatan laman web carian kerja jobstreet. Kedua-dua laman web ini ada satu persamaan iaitu, mereka tidak menyediakan pekerjaan, sebaliknya mereka menawarkan perkhidmatan memberi informasi pekerjaan apakah yang available dalam satu-satu masa untuk dipohon.