Bisnes jual topup.
Bisnes ini memang tak perlu diperkenal dan diterangkan dengan panjang lebar. Sebut je istilah topup, orang dah tahu, apa benda topup ini.
Semua yang menggunakan talian pra bayar, akan memerlukan topup. Kalau setiap bulan dia memerlukan topup sebanyak RM100, maka setiap bulan dia akan topup RM100. Keadaan ini akan berterusan sampai bila-bila sepanjang hayat dia.
Maklumlah, topup ni dah jadi satu perbelanjaan wajib.
Apabila kita cakap pasal bisnes jual topup, berapa ramai yang benar-benar faham dan nampak potensi untuk berkembang dan jana keuntungan yang lumayan dari perniagaan ini?
Memang betul, bisnes ni, untungnya sen-sen sahaja. Tetapi, walaupun untungnya hanya sen-sen, ia sangat berpotensi untuk jadi besar. Saya petik sumber berita dari BH Online yang melaporkan Maxis untung RM2.460b tahun lalu.
Tahun lalu dalam petikan berita ini adalah merujuk kepada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.
Ya, kita mungkin tak akan jadi atau merasa keuntungan seperti yang dicapai oleh syarikat telekomunikasi Maxis ini. Malahan, saya juga beranggapan ianya MUSTAHIL untuk dapat rasa seperti yang dilalui oleh syarikat ini.
Tetapi, bagaimana kalau kita berjaya capai keuntungan yang setara dengan 0.001% daripada apa yang Maxis sedang nikmati sekarang ini?
Bisnes Topup ini sebenarnya sangat unik. Kita bukan hanya bekerjasama dengan satu syarikat Telco semata-mata, sebaliknya kita boleh jual SEMUA jenis topup yang ada dipasaran. Ini berbeza dengan anda jual simkad semata-mata.