“Ok saya nak tanya, berapa lama iklan saya akan disiarkan dalam blog ini?”
Satu perkara yang anda patut tahu ialah, iklan jenis advertorial ini berbeza dengan iklan jenis banner. Kalau iklan jenis banner, selalunya ada had masa berapa lama ia akan disiarkan.
Sebagai contoh, iklan jenis banner hanya akan disiarkan selama 30 hari sahaja dengan caj yang dikenakan sebanyak RM200 misalnya. Apa akan berlaku selepas 30 hari?
Anda akan diberi pilihan sama ada nak renew pengiklanan tersebut, ataupun hentikan pengiklanan banner anda. Itu kalau iklan jenis banner.
Untuk situasi iklan jenis advertorial atau iklan jenis review ini, iklan tersebut akan terus disiarkan dalam blog ini, selagi mana blog ini masih lagi wujud. Ada banyak advertorial yang saya hasilkan untuk pelanggan pada tahun 2014 masih lagi saya siarkan dalam blog ini.
Advertorial tersebut juga masih lagi menyumbangkan jualan kepada pelanggan hingga ke hari ini.