Adakah anda sanggup bayar mahal untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti?
Kalau boleh dapat tempat penginapan yang murah, kenapa perlu bayar mahal? Betul tak. Kalau tengok iklan dari Trivago, mesti perasan ayat kenapa perlu bayar lebih?
Tetapi, orang yang sanggup untuk bayar mahal-mahal ini, dia bukannya saja-saja nak buang duit. Sudah tentu ada sebab kenapa mereka sanggup berbelanja lebih, sedangkan mereka ada alternatif untuk bayar dengan harga yang lebih murah.
Saya sanggup bayar harga yang lebih mahal, asalkan perkhidmatan yang disediakan setara dengan kos yang perlu dibayar.
Bercerita tentang kos untuk tempat penginapan, sejak saya mula menggunakan laman web Airbnb untuk membuat tempahan, saya mula mempelajari banyak perkara baru tentang tabiat manusia ketika memilih tempat penginapan yang sesuai dengan diri mereka.
Salah satu perkara yang menarik perhatian saya adalah mengenai kesanggupan seseorang itu untuk mengeluarkan belanja yang lebih mahal, untuk menginap disesuatu tempat, sedangkan di lokasi yang sama atau berhampiran terdapat tempat penginapan lain yang lebih murah harganya.
Perbincangan ini lebih berfokus kepada tempat penginapan jenis homestay, atau guesthouse dan ia mungkin tak terpakai pada industri hotel.
Terdapat beberapa kriteria yang saya akan lihat sebelum bersetuju dengan harga yang dimahukan oleh pemilik homestay. Berikut ini adalah antara yang saya akan pertimbangkan.
Sekiranya kriteria ini ada pada homestay yang saya ingin tempah, saya tak teragak-agak untuk bayar dengan harga yang lebih tinggi berbanding pilihan lain yang terdapat dilokasi yang sama.