Pengiklanan menggunakan medium blog atau laman web sendiri sudah semestinya mempunyai beberapa kelebihan berbanding kaedah iklan menggunakan platform media sosial.
Saya nak cerita mengenai satu kelebihan yang terdapat pada kaedah pengiklanan menggunakan medium blog. Kelebihan yang saya maksudkan ialah, iklan yang kita hasilkan atau siarkan dalam blog kita lebih mudah untuk muncul di mukasurat pertama Google berbanding iklan yang kita siarkan menggunakan media sosial.
Mari kita buat ujikaji mudah. Saya nak buktikan apa yang saya kata ini kepada pembaca dan pelawat sekalian.
Salah satu iklan yang saya hasilkan dalam blog ini adalah iklan mengenai sistem autoresponder emelmatik. Cuba anda buat begini.
(1) Buka laman web google.com atau google.com.my menggunakan google chrome. Pastikan guna in cognito mode.
(2) Taip kata kunci “sistem autoresponder emelmatik” dan tekan search
(3) Cuba lihat, laman web apakah yang tersenarai di muka surat pertama hasil carian google
Anda mungkin akan dapat lihat hasil carian seperti dibawah ni.
Anda akan temui beberapa laman web saya menduduki tempat pertama dalam hasil carian google. Waktu tu, saya sangat lapang dan agak bosan. Jadi, saya pun mula menaip beberapa artikel tentang emelmatik, dan hasilnya sekarang ni, laman web saya telah berjaya masuk ke page pertama.
Apa yang bagus sangat dengan berjaya masuk ke page pertama Google? Boleh dapat duit ke?
Sebelum cerita bab duit, saya percaya, benda yang lebih penting ialah pastikan artikel iklan berjaya masuk ke page pertama dulu. Bila dah berjaya masuk ke page pertama Google, In Shaa Allah langkah seterusnya akan jadi lebih mudah.