Macam mana cara nak buat duit dengan Lazada? Setakat daripada apa yang saya tahu, sebenarnya terdapat sekurang-kurangnya tiga cara, macam mana nak buat duit dengan Lazada.
Cara pertama, mintak kerja dengan Lazada dan jadi salah seorang daripada staff mereka. Kalau ada yang minat nak bekerja dengan Lazada, boleh terus ke laman web mereka atau boleh juga gunakan pautan ini untuk melihat senarai kekosongan kerja yang ada.
Cara kedua untuk buat duit dengan Lazada adalah dengan menjadi penjual atau seller di Lazada.
Anda boleh terus ke laman web Lazada dan cari pautan yang tertulis “Sell on Lazada”. Klik pada pautan tersebut dan seterusnya anda akan dibawa ke halaman pendaftaran sebagai seorang penjual.
Paparan yang akan kelihatan adalah seperti dibawah ini.
Nampaknya, pada waktu catatan ini saya hasilkan, kita boleh menjadi penjual di laman web ecommerce terkenal Lazada walaupun kita tidak mempunyai nama syarikat dan belum mempunyai sijil SSM.
Tekan sahaja pada pautan “sign up here” dan seterusnya anda ikuti sahaja step yang diperlukan. Pada langkah seterusnya anda akan diminta untuk mengisikan borang dan memberikan maklumat peribadi anda. Saya tidak akan cerita panjang-panjang tentang bagaimana nak jadi penjual di laman web Lazada sebab ini bukan fokus artikel kali ini.
Cara ketiga nak buat duit dengan Lazada, adalah dengan menyertai program affiliate.
Ini kaedah yang saya dan ramai lagi kawan-kawan penulis blog gunakan untuk buat duit dengan Lazada. Kerjanya tidaklah begitu sukar.