Apa dia kemahiran yang boleh buat duit? Ramai orang tak tau, atau mungkin tak sedar, yang sebenarnya menguasai kemahiran tertentu boleh membantu dirinya untuk buat duit tambahan. Kalau selama ini, anda hanya bergantung kepada pekerjaan utama anda sahaja untuk buat duit, apa kata anda buat duit dengan menguasai kemahiran-kemahiran yang bakal saya senaraikan nanti.
Siapa tahu, mungkin ada sebahagian daripada kemahiran yang saya nyatakan ini, anda telahpun tahu dan kuasai. Langkah seterusnya adalah gunakan kemahiran tersebut untuk buat duit.
Kita sedia maklum, untuk menguasai kemahiran tertentu, ia perlukan masa. Lagi awal anda bermula, lagi banyak pengalaman yang anda bakal perolehi. Kesannya? Anda akan dapat memberikan hasil kerja yang semakin baik. Dari situ, anda juga boleh mengenakan caj yang tinggi jika ada sesiapa yang perlukan khidmat dari anda.
Baiklah, jom kita lihat apa dia contoh-contoh kemahiran yang anda boleh pelajari dan kuasai dan seterusnya boleh bantu anda untuk buat duit tambahan.
(1) Kemahiran memasak pelbagai jenis juadah
Ada orang kata, memasak ini perlukan bakat. Betul ke? Walaupun ada dua orang yang sama, cuba untuk memasak hidangan yang sama, namun belum tentu rasanya juga sama. Pasti ada perbezaan.
Saya setuju kalau orang kata memasak itu memerlukan bakat. Tetapi, bakat semata-mata masih belum cukup untuk menghasilkan masakan yang sedap. Ia tetap perlukan latihan yang berterusan. Sekiranya kita ingin gunakan skil memasak yang kita ada tu untuk buat duit, kita kenalah pastikan kualiti dan rasanya sentiasa sama.
Lagi satu, untuk memaksimakan keuntungan dan pendapatan yang boleh dihasilkan, saya berpendapat adalah lebih baik untuk masak sesuatu yang simple dan mudah untuk disediakan. Sebagai contoh, buat kek, roti, biskut dan sebagainya. Kesemua ini anda boleh buat hanya dari rumah sahaja. Panduan memulakan bisnes bakeri boleh baca disini.