Siapa kata kita tak boleh nak mulakan bisnes hanya dari rumah?
Sudah tentu kita boleh berbisnes dari rumah. Kita cuma perlu tahu, apakah jenis bisnes yang ingin kita jalankan. Terdapat banyak pilihan bisnes yang kita boleh pilih, dan dalam perkongsian kali ini, saya ingin kongsikan 20 idea bisnes yang anda boleh jalankan hanya dari rumah.
Kesemua idea bisnes ini tak memerlukan anda mempunyai modal yang besar. Namun percayalah, ianya mempunyai potensi untuk memberikan anda pendapatan yang lumayan. Tanpa buang lebih banyak masa, mari kita lihat apa dia 20 bisnes yang boleh dimulakan hanya dari rumah tersebut.
(1) Blogging
Blogging adalah salah satu aktiviti kegemaran saya. Saya pun banyak menulis tentang blogging dalam blog ini.
Setengah orang menulis blog untuk suka-suka atau sekadar untuk memenuhi masa terluang. Tapi bagi saya, fungsi dan potensi blog adalah lebih lagi. Bagi mereka yang ingin menghasilkan pendapatan sampingan ataupun pendapatan utama melalui blog, anda patut cuba beberapa kaedah yang saya pernah bincangkan sebelum ini.
Baca disini: Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar
Anda boleh menganggap yang menulis blog ini hanya untuk suka-suka, atau anda boleh pilih untuk jadi lebih serius dan melihat aktiviti penulisan blog itu sebagai satu cabang bisnes. Apabila anda anggap blog itu suatu perkara yang serius, saya percaya pada waktu itu anda juga bakal memperolehi pendapatan yang baik menerusi blog anda.