Perniagaan yang berbeza, memerlukan lenggok dan bahasa iklan yang berbeza. Sebabnya iklan tersebut juga ditujukan kepada kelompok dan golongan sasaran yang berbeza juga.
Begitu juga halnya dengan iklan untuk memperkenal dan mempromosikan peluang bisnes MLM. Untuk orang yang tak suka MLM, mereka pasti akan rasa BENCI dan menyampah bila baca ayat-ayat iklan yang mempromosikan program tersebut.
Pernahkah anda terfikir, hanya kerana anda bencikan MLM, adakah semua orang juga akan benci kepada MLM? Jawapannya ialah, belum tentu lagi.
Saya terbaca satu iklan yang mempromosikan program MLM. Ayatnya adalah seperti berikut
Bersama kami, usaha anda pasti cukup-cukup minimum. Sebab apa?
Sebabnya
(1) Tak perlu risau macam mana nak pasarkan produk jualan.
(2) Tak perlu risau tiada bimbingan/ panduan
(3) Tak perlu risau tiada masa untuk berniaga
(4) Tak perlu risau tiada kemahiran tarik pelanggan
(5) Tak perlu risau stok produk tak terjual
Bukan itu sahaja, anda BERPOTENSI JANA PENDAPATAN yang LUMAYAN secara MINGGUAN dan juga BULANAN! Dan tolong bagi peluang kedua untuk diri anda untuk kecapi segala impian yang mungkin anda impikan 5 tahun atau 10 tahun dulu!
Membaca iklan seperti ini, akan menimbulkan lebih banyak pertanyaan pada si pembaca. Betul ke tak perlu risau semua-semua perkara ni? Maka si pembaca yang curious itu pun terus menghubungi si empunya iklan tersebut…
Aha… step pertama telah berjaya.