UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Carta Top 10 Affiliate Klikjer – Januari 2018

February 7, 2018 by sabree hussin 6 Comments

Sepanjang bulan Januari, saya perasan yang saya langsung tak menerima sebarang emel pemberitahuan dari klikjer tentang kejayaan saya menghasilkan jualan.

 

Selalunya, kalau ada jualan, secara automatik pihak klikjer akan hantar emel dengan tajuk

Tahniah! – Anda mendapat jualan!

 

Oleh sebab tak ada emel macam tu yang saya terima, jadi saya anggap yang pada bulan Januari saya langsung tak berjaya dapat buat jualan, walaupun hanya satu jualan.

buat-duit-dengan-program-affiliate-klikjer

Rupa-rupanya saya silap.

[Read more…]

Filed Under: Komisyen Affiliate Tagged With: buat duit dengan klikjer, cara buat duit dengan klikjer, carta top affiliate klikjer, klikjer, komisen klikjer

Carta Top 10 Affiliate Klikjer – Disember 2017

January 9, 2018 by sabree hussin Leave a Comment

Jodoh dengan program affiliate Klikjer masih ada lagi nampaknya. Harap-harap jodoh ni akan kekal berpanjangan sampai bila-bila.

 

Sekarang ni, pendapatan dari program affiliate klikjer ni, dah jadi salah pendapatan yang penting dalam hidup saya. Income dari klikjer inilah yang saya gunakan untuk bayar bil-bil langganan internet.

klikjer_homepage

Bila ada income dari Klikjer, setidak-tidaknya saya dah tak perlu risau nak cari duit mana untuk digunakan buat bayar bil TM Streamyx. Walaupun saya sebenarnya agak tak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan TM Streamyx, tapi nak buat macam mana, itu je yang boleh digunakan kalau dekat kawasan rumah saya ni.

 

Kadang-kadang terlintas juga dekat fikiran… “aku ni beli pakej internet siang je ke? Sebab bila malam je internet jadi sangat slow sampaikan nak buat kerja pun susah…” 

[Read more…]

Filed Under: Komisyen Affiliate Tagged With: buat duit dengan klikjer, cara buat duit dengan klikjer, carta top affiliate klikjer, klikjer, komisen klikjer

Carta Top 10 Affiliate Klikjer – November 2017

December 12, 2017 by sabree hussin 5 Comments

Bayaran komisen dari Program Affiliate Klikjer bagi bulan November 2017 dah selamat masuk dalam akaun bank. In fact, saya dah guna duit tu untuk bayar segala macam komitmen bulanan.

 

Alhamdulillah.

 

Walaupun jumlahnya mungkin tak sebanyak mana pada tanggapan sesetengah orang, namun pada saya, ianya sangat membantu. Even kalau komisen tu hanya RM10 sahaja pun, tetap sangat membantu!

 

Sekurang-kurangnya masih tetap boleh guna untuk beli topup kat laman web ini.

 

Program Affiliate Klikjer, adalah salah satu program affiliate yang kerap saya sebut-sebutkan dalam blog ini. Kalau anda lihat pada arkib blog ni, rasanya boleh dikatakan setiap bulan saya akan cerita, sekurang-kurangnya sekali pasal program ni.

 

Kebanyakkan ceritanya, adalah lebih kepada perkembangan saya dalam program ni.

buat-duit-dengan-program-affiliate-klikjer

Inilah dia sebenarnya, salah satu kerja sampingan yang saya jalankan. Apabila ada masa terluang, ada sedikit kesempatan, saya akan menulis tentang produk-produk (ebook) yang pernah diterbitkan oleh pihak klikjer.

 

Kadar upahnya pun boleh tahan.

 

Untuk setiap produk yang berjaya dijual, saya akan menerima komisen sekitar 50% – 70% daripada harga produk yang terjual.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Affiliate Tagged With: buat duit dengan klikjer, cara buat duit dengan klikjer, carta top affiliate klikjer, klikjer, komisen klikjer

Carta Top 10 Affiliate Klikjer – Oktober 2017

November 8, 2017 by sabree hussin 11 Comments

Bulan lepas, saya tak berjaya tersenarai sebagai salah seorang top 10 Affiliate Klikjer.

Baca juga: Carta Top 10 Affiliate Klikjer – September 2017

 

Alhamdulillah, bulan Oktober 2017 ni, saya sekali lagi berjaya masuk dalam senarai. By the way, penting sangat ke tersenarai dalam carta top 10 ni? 

Bagi orang yang bekerja dalam bidang jualan, tersenarai dalam carta top 10 atau top 5, atau menjadi yang teratas adalah sesuatu yang SANGAT PENTING. Pencapaian kita diukur berdasarkan kepada berapa banyak yang berjaya kita jual.

 

Itulah KPI kita.

 

WAJIB buat jualan. Bidang jualan ini, kena bersaing.

 

Pertama, kita bersaing dengan diri kita sendiri. Tanyakan pada diri, adakah prestasi kita pada bulan ini, adalah lebih baik berbanding bulan sebelumnya? Adakah usaha yang kita berikan adalah lebih baik berbanding usaha pada bulan-bulan sebelumnya?

 

Selepas bersaing dengan diri kita sendiri, seterusnya kita perlu bersaing dengan ejen atau jurujual-jurujual yang lain pula.

 

Adakah kita telah menggunakan strategi pemasaran yang lebih baik dan berkesan berbanding pesaing kita? Hanya apabila kita berjaya menggunakan strategi pemasaran yang lebih baik berbanding pesaing kita, barulah kita akan berjaya hasilkan jualan.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Affiliate Tagged With: buat duit dengan klikjer, cara buat duit dengan klikjer, carta top affiliate klikjer, klikjer, komisen klikjer

Carta Top 10 Affiliate Klikjer – September 2017

October 7, 2017 by sabree hussin Leave a Comment

Tahniah buat semua affiliate yang telah berjaya menghasilkan jualan dan menerima komisen dari klikjer. Untuk bulan September 2017 ni, nampaknya saya tidak tersenarai sebagai salah seorang top affiliate yang berjaya mendapatkan kedudukan top 10.

 

Ini dia senarai carta top 10 affiliate klikjer untuk bulan September 2017.

Carta ini dikeluarkan pada 04 Oktober 2017 yang lalu. Untuk sebulan punya hasil kerja, iaitu sepanjang bulan September 2017, ianya akan dikira dan akan disusun mengikut pencapaian.

 

Bermakna, lagi tinggi kedudukan nama ejen tersebut, maka lagi tinggilah pendapatan yang telah dihasilkan.

 

Walaupun nama saya tak berjaya masuk dalam senarai top 10, namun saya masih lagi menerima bayaran komisen. Cuma nilainya sahaja tak begitu besar.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Affiliate Tagged With: buat duit dengan klikjer, cara buat duit dengan klikjer, carta top affiliate klikjer, klikjer, komisen klikjer

Carta Top 10 Affiliate Klikjer – Ogos 2017

September 9, 2017 by sabree hussin Leave a Comment

Ini merupakan pencapaian TERBAIK saya semenjak saya mendaftar menjadi ejen dan menyertai program affiliate klikjer.

buat-duit-dengan-program-affiliate-klikjer

Nampak gayanya, beberapa strategi yang saya gunakan khusus untuk buat duit menerusi program affiliate klikjer telah menunjukkan signal yang ianya boleh diteruskan dan terus diperkemaskan lagi.

 

Alah… tak ada teknik yang susah pun. Saya masih lagi mengekalkan tradisi sebelum ini. Saya hanya menggunakan teknik blogging dalam pemasaran. Mungkin ada la jugak saya “ter”gunakan teknik email marketing, FB Marketing dan lain-lain teknik.

 

Namun, kesemua itu tak lebih sekadar untuk membawa masuk trafik supaya masuk ke laman blog saya. Itu sahaja.

 

Core technique masih tetap blogging. Blogging tetap dihati.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Affiliate Tagged With: buat duit dengan klikjer, cara buat duit dengan klikjer, carta top affiliate klikjer, klikjer, komisen klikjer

Carta Top 10 Affiliate Klikjer – Julai 2017

August 29, 2017 by sabree hussin 7 Comments

Carta ini sebenarnya telah dikeluarkan sejak dari 3 Ogos 2017 hari tu lagi. Sengaja saya biarkan dulu dan memilih untuk tulis pasal benda lain dulu.

 

Saya nak bagi prioriti kepada artikel lain yang lebih utama. Lagipun, update tentang carta ini, pada saya adalah artikel jenis santai. Tak susah pun dan boleh tulis tanpa susah payah nak tulis draf dulu.

 

Sebenarnya, best juga buat duit dengan klikjer ni.

buat-duit-dengan-program-affiliate-klikjer

Bagi yang tak pernah join program ini, bolehlah cuba lepas ini. Saya ingin kongsikan beberapa sebab kenapa saya rasa program affiliate klikjer ni best.

 

Pertama, komisen untuk setiap jualan agak tinggi. Kadar yang diberikan adalah sekitar 50% – 55% untuk ahli baru. Bagi ahli lama, yang dah banyak buat sales, kadar komisen yang diberikan mencecah 70% daripada jumlah jualan yang dihasilkan.

 

Sebelum ni, setiap orang akan dapat 70% komisen. Tetapi ada satu masa tu, pihak admin klikjer membuat perubahan kepada struktur komisen dan set kepada 50% sahaja kepada ahli baru.

 

Bagus juga pihak klikjer buat begini.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Affiliate Tagged With: buat duit dengan klikjer, cara buat duit dengan klikjer, carta top affiliate klikjer, klikjer, komisen klikjer

Carta Top 10 Affiliate Klikjer – Jun 2017

August 1, 2017 by sabree hussin 19 Comments

“Kalau ada orang yang boleh berjaya buat duit dengan Program Affiliate Klikjer, maknanya aku pun boleh!”

buat-duit-dengan-program-affiliate-klikjer

Kita sama ada kena usaha dengan lebih gigih berbanding orang yang berjaya buat duit tu, atau setidak-tidaknya, kena berikan usaha yang sama banyak dengan orang yang dah berjaya.

 

Persoalannya ialah, kita tahu ke apa strategi yang orang tu gunakan untuk berjaya buat duit sebagai affiliate klikjer tu?

 

Kalau nak tahu, kena tanya. Tapi kena siap sedia untuk dengar jawapan yang mungkin kita sendiri akan rasa tak puas hati.

 

Lagipun, benda ni melibatkan strategi dan teknik pemasaran. Setiap orang mesti ada tekniknya yang tersendiri yang dijaga rapi dan kalau boleh tak nak ada sesiapa yang tahu.

 

Nanti kalau makin ramai yang tahu, makin banyak la pulak persaingan! Betul tak?

 

Ini dia screenshot carta top 10 affiliate klikjer bagi bulan Jun 2017.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Affiliate Tagged With: buat duit dengan klikjer, cara buat duit dengan klikjer, carta top affiliate klikjer, klikjer, komisen klikjer

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?
  • Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda
  • Senarai Complaint dari tetamu kepada pemilik bisnes homestay

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in