Bagaimana kalau dekat luar sana, sebenarnya ada cara untuk dapatkan bilik hotel dan juga tempat penginapan dengan harga yang lebih murah!
Orang yang tahu teknik dan rahsianya, mereka dengan senang hati boleh pergi bercuti pada bila-bila masa. Asalkan ada rasa nak bercuti, terus mohon cuti dan buat persiapan untuk percutian tersebut.
Mereka ini tak perlu bimbang untuk bayar kos penginapan yang menjadi salah satu daripada kos yang paling tinggi yang perlu diambil kira ketika pergi bercuti. Jadi dalam perkongsian kali ini, saya nak cerita tentang beberapa tips yang mungkin anda boleh gunakan bagi mendapatkan bilik hotel dengan harga yang lebih jimat berbanding kebiasaan.
Mana-mana tips yang anda rasakan praktikal dan berguna, silalah amalkan. Mana yang kurang sesuai, anggaplah ia sebagai untuk menambahkan pengetahuan sahaja.
Jadi tanpa buang lebih banyak masa, saya kongsikan kepada anda, cara-cara untuk dapatkan tempat penginapan, sama ada bilik hotel ataupun homestay dengan harga yang lebih rendah dari kebiasaan.