Siapa lagi ada masalah macam ni? Anda dah pasang iklan Nuffnang pada blog, tapi sampai sekarang income dia masih lagi sikit atau langsung tak ada income. Saya ditanyakan soalan yang sama dalam artikel saya sebelum ini tentang belajar cara buat blog.
Berikut ni pula adalah soalan yang ditanyakan pada saya.
“Nak tanya boh.. kenapa bila saya guna nuffnang dia tak generate income pun? Macam takde campaign je or kena tunggu certain period baru ade? Terima kasih untuk pencerahan.”
Ok ini jawapan “selamat” dari saya.
Sebaik-baiknya untuk isu-isu seperti ini, patut dirujuk terus kepada pihak Nuffnang. Saranan saya ialah, anda tanyakan soalan ini terus kepada pihak pengurusan Nuffnang sama ada dengan menghantar support ticket ataupun cuba hubungi pihak Nuffnang menerusi social media seperti Facebook Fanpage Nuffnang, Twitter Nuffnang, Instagram Nuffnang dan sebagainya.
Baiklah, sekarang ni saya nak share jawapan yang bukan versi official. Kiranya ni jawapan saya sendiri based on observation dan juga experience. Boleh jadi jawapan saya ni betul, dan boleh jadi juga jawapan saya ni salah. Ia lebih kepada teori.
Tak ada sebarang paksaan dan jaminan yang jawapan saya ni boleh pakai.
Saya cuba cari jawapan untuk soalan yang ditanyakan tu diruangan Privacy Policy dan juga Terms & Condition. Setelah baca sepintas lalu, saya dapati jawapan untuk soalan tersebut tiada disitu. Tak apa, saya cari ditempat lain pula dan akhirnya saya jumpa jawapan yang nampak macam betul.
Sebelum saya nak terus kepada jawapan untuk soalan ni, saya nak cerita dulu bentuk-bentuk iklan yang ada di Nuffnang.