Bukan semua orang yang join program affiliate, akan berjaya dapat income.
Saya juga tak terkecuali.
Saya ada join macam-macam program affiliate. Bukan semua program affiliate yang saya join tu berjaya memberikan saya pendapatan. Ada yang saya langsung tak berjaya dapat komisen.
Ada juga program affiliate yang saya join tu, pengendali program tu MENIPU dan tak nak bayar komisen kepada saya. Alasan yang dia bagi ialah, dia dah bayar komisen, sedangkan saya langsung tak pernah terima sebarang bayaran dari dia.
Ada sesetengah program affiliate yang menetapkan syarat, supaya ahlinya perlu capai satu jumlah atau nilai tertentu baru layak untuk menerima bayaran komisen. Sebagai contoh, kena capai nilai terkumpul RM100 baru akan layak menerima bayaran.
Kalau program affiliate yang menetapkan syarat seperti ini, biasanya ia lebih sukar untuk dapat bayaran komisen berbanding program affiliate yang tak meletakkan sebarang syarat tertentu.
Bila cakap tentang program affiliate, kita perlu clear dengan beberapa konsep yang sering digunapakai oleh pengendali program ini.
Konsep Pay Per Sale
Anda hanya akan menerima komisen apabila berjaya jual produk utama. Sebagai contoh, program affiliate Lazada Malaysia. Jika anda berjaya dapatkan jualan, komisen yang bakal anda terima adalah sekitar 6% – 12% daripada harga jual sesuatu produk.
Pengiraan mudah, kalau anda berjaya dapatkan jualan bernilai RM100, dengan komisen sebanyak 6%, maka anda akan dapat bayaran sebanyak RM6.
Jika anda berjaya dapatkan jualan bernilai RM100, 000 dengan komisen sebanyak 6%, maka anda akan dapat sebanyak RM6,000.
Konsep Pay Per Lead
Anda akan menerima komisen apabila ada prospek yang berikan nama dan emel, kepada pemilik laman web, walaupun tidak membuat sebarang pembelian langsung.
Komisen jenis Pay Per Lead ni biasanya tidaklah begitu tinggi. Ianya sekitar RM0.20 – RM7 untuk setiap Lead atau data prospek. Saya ingin ambil contoh, program jenis Pay Per Lead Formula Income Seumur Hidup, yang mana program ini menawarkan komisen Pay Per Lead sama ada 50 sen atau RM1. Anda boleh daftar disini.
Anda rasa nilai sen-sen terlalu rendah untuk sertai program affiliate jenis pay per lead? Apa kata saya syorkan anda sertai program yang dikendalikan oleh pihak Involve Asia.
Pihak Involve Asia menawarkan komisen Pay Per Lead sebanyak RM5 untuk setiap prospek yang mendaftar melalui usaha promosi yang anda jalankan.
Untuk sertai program ini, anda kena jadi affiliate Involve Asia terlebih dahulu. Boleh daftar melalui pautan ini.
Konsep Pay Per Click
Dalam konsep Pay Per Click, anda akan terima bayaran apabila prospek anda menekan klik pada link affiliate anda. Contohnya macam program affiliate Trivago. Anda akan terima bayaran komisen sebanyak 71 sen jika ada yang klik pada link affiliate anda.