Pernah tak anda terfikir, bagaimana kalau anda mampu untuk membaca apa sebenarnya yang difikirkan oleh bakal pelanggan anda.
Walaupun anda baru pertama kali berinteraksi dengan pelanggan tersebut, anda sudah boleh tahu, apakah sebenarnya keperluan yang ada pada dirinya.
Dapat tak anda bayangkan yang pada waktu itu anda mampu untuk jual apa sahaja kepada pelanggan tersebut.
Lagi banyak yang anda mampu jual, maka lebih banyak pendapatan yang dapat anda hasilkan. Hidup anda pasti akan berubah 360 darjah, kerana anda mampu untuk jual apa sahaja dan sentiasa mampu memenuhi keperluan pelanggan anda.
Bagaimana kita nak jadi hebat dalam menjual kalau kita sendiri tak faham dan tak tahu bagaimana cara pelanggan kita berfikir. Bila kita tak faham cara pemikiran mereka, maka agak sukar untuk tahu apa sebenarnya keperluan dan kehendak mereka.
Tahukah anda, sebenarnya sudah ada kajian dilakukan yang dapat mengenalpasti, apa sebenarnya yang pelanggan perlukan. Saya tidak akan menulis secara detail mengenai kajian yang telah dilakukan, sebaliknya saya akan terus fokus kepada matlamat utama, iaitu untuk kongsi apa dia sebenarnya yang diperlukan oleh pelanggan.
Namun jika anda minat nak mengetahui tentang kajian tersebut, ia sebenarnya berdasarkan kepada teori psikologi Abraham Maslow Hierarchy of Needs. Walaupun teori ini mungkin bukannya 100% tepat, namun saya dapati ada beberapa poin yang boleh dijadikan rujukan. Dari segi kelakuan, seseorang itu akan memenuhi keperluan yang paling asas terlebih dahulu, sebelum dia cuba untuk memenuhi keperluan lain.
Misalnya, selepas selesai keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, barulah dia akan fikir untuk penuhi keperluan berkaitan dengan emosi, contohnya untuk ketenangan minda, sebagai terapi, kekal sihat dan sebagainya. Ini akan saya ulas lagi dalam artikel ini.
Bila kita benar-benar tahu, apa yang pelanggan perlu, lebih mudah proses untuk kita yakinkan pelanggan tersebut bahawa keputusan untuk beli sesuatu produk yang kita jual adalah keputusan yang sangat tepat. Bukan semua pelanggan akan beri kerjasama dan bagitahu, apa sebenarnya yang dia perlukan. Maka disini, terpulang kepada kemahiran kita untuk cuba dapatkan maklumat, apa sebenarnya yang mereka perlu.
In Shaa Allah maklumat yang saya kongsikan disini akan dapat membantu anda.