Sekiranya anda adalah salah seorang pemegang kad kredit, rasanya ada baiknya juga kalau anda dapatkan buku ini dan jadikan buku ini sebagai panduan. Anggaplah buku ini ibarat sebuah manual yang akan menyelamatkan diri anda daripada tersilap berbelanja hingga menyusahkan diri anda sendiri kelak.
Buku ini berjudul Kad Kredit Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya. Buku ini diterbitkan oleh TrueWealth Sdn Bhd dan penulisnya pula adalah Othman Kasim.
Pernah nampak tak buku tentang Kad Kredit ni kat mana-mana? Kalau pernah nampak bagus. Ambil dan baca buku tersebut.
Harga buku ni pun tak begitu mahal. Hanya RM29.90 untuk Semenanjung dan RM32.90 bagi Sabah dan Sarawak. Disebabkan harganya yang tak terlalu mahal, tanpa berlengah saya pun beli buku ini.
Kalau anda masih tak pasti, sama ada buku ini untuk anda atau pun tidak, jom saya kongsikan serba sedikit ataupun ringkasan mengenai buku Kad Kredit Fahami Kekuatan dan Aplikasikan Kelebihannya untuk anda.
Untuk makluman anda, buku ini diterbitkan pada tahun 2011, dan ia mengandungi 93 muka surat sahaja. Jadi, anda boleh habis baca buku ini dalam masa sehari sahaja, jika anda dapat membaca tanpa ada sebarang gangguan.