“Saya ada jalankan bisnes homestay di Cameron Highland. Boleh saya tahu, berkesan ke kalau nak promosikan homestay saya di blog ini?”
Itu adalah salah satu contoh soalan yang biasa saya terima di inbox emel saya. Cuma tempat tu sahaja yang akan berubah-ubah, bergantung kepada siapa yang tanya.
Kalau pengendali bisnes homestay tu berada di Perlis, maka tempatnya akan jadi di Perlis, dan kalau homestay di Kota Kinabalu, maka tempatnya akan mengikut lokasi orang yang bertanya.
Saya cakap terus-terang je, sebenarnya memang HAMPIR MUSTAHIL untuk saya tahu, sama ada artikel iklan yang pernah saya hasilkan dalam blog-blog saya sebelum ini, yang mempromosikan bisnes homestay milik pelanggan saya tu, betul-betul berkesan ataupun tidak.
Memang susah saya nak tahu.
Berbeza dengan mempromosikan program affiliate misalnya. Saya boleh tahu sama ada usaha pemasaran saya tu berkesan ataupun tidak, sebabnya dalam kebanyakkan program affiliate, pihak penyedia program akan menyediakan statistik yang saya boleh rujuk semula.