Anda pernah atau biasa beli nama domain? Ya, saya biasa beli. Tapi, ini merupakan kali pertama saya beli domain dari syarikat luar negara. Baru-baru ni saya ada beli nama domain dari syarikat yang berpengkalan di Los Angeles, California, United States.
Syarikat yang saya maksudkan adalah NameCheap. [klik sini untuk ke laman web]
Sebelum saya decide untuk beli domain dari syarikat ni, sebenarnya saya dah pun pertimbangkan beberapa alternatif. Kalau boleh saya nak beli domain dari syarikat tempatan sahaja. Logiknya ialah kalau ada sebarang isu dimasa akan datang, saya lebih selesa untuk berhubung dengan mereka.
Dengan syarikat tempatan, boleh cakap Melayu je.
Pada satu hari, saya perasan yang domain pertama yang saya pernah beli sekitar tahun 2009 dulu kembali available! Ini adalah nama domain pertama yang saya gunakan satu ketika dulu. Kemudian pada satu ketika, saya mula rasa bosan dengan bidang penulisan blog. Saya mula abaikan blog saya. Sampai masa untuk renew domain tersebut, saya cuma buat tak tau dan tak ambik sebarang tindakan.
Selepas sebulan atau dua bulan macam tu, nama domain tu dah diambil orang. Mula-mula saya tengok konten yang dipaparkan pada domain tersebut adalah dalam Bahasa Inggeris. Kemudian, selang beberapa tahun, konten laman web bertukar jadi tulisan cina pula. Jadi saya assume, domain tersebut telah bertukar tangan dari orang putih kepada orang cina.
Baru-baru ni bila saya semak semula, tiba-tiba nama domain tersebut AVAILABLE untuk dibeli!