Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Pengalaman buat duit dengan Lazada sepanjang tahun 2016

December 31, 2016 by sabree hussin 29 Comments

Apabila saya dapat tahu yang Lazada Malaysia ada menawarkan program affiliate, saya cakap dalam hati… “Ni berita baik ni! Kena join ni!”

 

Program affiliate Lazada ni lebih kurang macam program Amazon Associates, Alibaba Affiliates dan juga Ali Express Affiliates. Cuma sayangnya nama-nama yang saya sebutkan tu kurang sesuai untuk dipromosikan di Malaysia. Pada pendapat saya, pada ketika ini, orang Malaysia masih belum bersedia untuk membeli-belah di laman web shopping luar negara.

 

Tak lama lagi mungkin situasi ini akan berubah. Lagipun sekarang ni pihak bank sedang giat menggalakkan orang ramai untuk tukar kad bank kepada kad debit. Ini satu petanda positif dan tak mustahil tak lama lagi lebih ramai orang akan mula shopping secara online.

buat-duit-dengan-lazada

Sebelum tahun 2016 melabuhkan tirainya, saya rasa saya nak kongsikan beberapa perkara atau tips tentang buat duit dengan Lazada ni. Siapa yang langsung tak pernah rasa komisen dari program ini, mungkin boleh baca. Siapa tahu, lepas anda baca perkongsian ini, anda akan dapat lebih banyak idea tentang macam mana nak buat duit dengan Lazada.

 

Sama-sama kita jadikan tahun 2017 sebagai tahun cemerlang kita. Boleh capai ke? Wallahua’lam. Kita cuba yang terbaik ya.

[Read more…]

Filed Under: Personal Tagged With: bukti pendapatan dari lazada, cara buat duit dengan lazada, komisen affiliate lazada, program affiliate lazada

Komisen Affiliate Lazada May 2016

May 27, 2016 by sabree hussin 1 Comment

Komisen affiliate dari Lazada untuk bulan May 2016. Telah selamat saya terima dengan penuh rasa syukur. Ini adalah bayaran komisen ketiga yang saya terima dari pihak Lazada.

 

Tak sangka, percubaan untuk buat duit dengan Lazada rupanya membuahkan hasil jugak. Saya pun sebenarnya kurang yakin untuk buat sebarang duit dari program affiliate ni pada mulanya. Rupa-rupanya bukan senang nak dapatkan jualan, lebih-lebih lagi untuk produk-produk harian yang dijual di laman web lazada.

 

Ini bayaran yang saya terima untuk bulan May 2016 ni.

komisen-lazada

 

Memandangkan platform pemasaran yang saya gunakan adalah blog, dan saya lebih banyak menggunakan kaedah advertorial, pada awalnya saya juga tidak meletakkan harapan yang begitu tinggi. Bukannya saya tak yakin dengan teknik advertorial, namun saya buat keputusan untuk berfikiran lebih realistik.

 

Teknik advertorial ni, walaupun memang berkesan untuk bantu kita buat duit online, namun ia perlukan masa untuk kita nampak hasilnya. Ia bukanlah teknik yang kita guna malam ni, dalam masa 24 jam kita dah boleh nampak hasilnya. Bukan begitu.

 

Perlukan masa.

 

Akan tetapi, bila sampai masanya, tak mustahil untuk berjaya buat duit berterusan. Buktinya saya sendiri. Dengan teknik advertorial ini, saya dapat buat komisen dari Lazada untuk tiga bulan berturut-turut.

[Read more…]

Filed Under: Komisyen Affiliate Tagged With: boleh ke buat duit dengan lazada, buat duit dengan lazada, buat duit online lazada, bukti pendapatan dari lazada, cek lazada, komisen lazada, macam mana buat duit dengan lazada, program affiliate lazada

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay
  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in