“Adakah anda menguasai lebih dari satu bahasa?”
Jika jawapan anda adalah YA, anda mungkin ingin mencuba untuk memanfaatkan kemahiran dan penguasaan anda terhadap bahasa tersebut dengan menawarkan perkhidmatan sebagai seorang penterjemah atau lebih dikenali sebagai seorang translator!
Dapatkan akaun Exclusive Membership anda sebagai seorang Online Translator disini.
Adakah kerjaya sebagai seorang translator ini benar-benar ada market dan diperlukan? Baik, untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan tersebut, mari kita lihat realiti dan situasi yang kita hadapi pada masa kini.
Pada hari ini, masyarakat dunia tidak lagi mengehadkan komunikasi antara mereka dalam kalangan sesama mereka sahaja. Kalau satu masa dulu, mungkin kita di Malaysia hanya berminat untuk berinteraksi dengan mereka-mereka yang berada di Malaysia semata-mata. Kita tak minat nak ada sebarang hubungan dengan masyarakat dari negara lain.
Begitu juga sebaliknya. Masyarakat luar “tak ada sebab” nak berurusan dengan orang kita.