Andai kata anda diberi pilihan sama ada nak buat duit cepat, atau nak buat duit lambat di internet, mana satu agaknya yang akan menjadi pilihan anda? Saya percaya, kalau boleh, semua orang mesti nak buat duit dengan cepat, kan?
Sebenarnya saya nak gunakan tajuk skim cepat kaya dan skim lambat kaya di internet. Kemudian saya terfikir… erm, istilah skim cepat kaya ni macam tak berapa sesuai la pulak. Apa taknya, dengar je nama skim cepat kaya, orang dah fikir ke arah lain. Padahal skim cepat kaya tu tak salah. Yang salah adalah cara operasinya, yang mungkin bercampur dengan penipuan, pecah amanah dan sebagainya.
Ya. Skim cepat kaya tu tak salah. Yang bermasalah adalah dari segi operasi. Selagi mana skim yang anda jalankan itu tak melibatkan perkara yang salah dari sisi agama dan juga undang-undang negara, teruskanlah. Bukankah bagus kalau orang kita dapat jadi lebih kaya dengan cepat. Boleh kaya sekarang, kenapa pulak nak tunggu sampai bertahun-tahun lamanya?
Saya tak nak cerita pasal kaya cepat dalam perkongsian pada kali ini. Sebabnya, apa yang saya nak ceritakan ini, mungkin tak akan menjadikan anda kaya. Akan tetapi, apa yang saya kongsikan ni, kalau anda amal dan praktikkan, In Shaa Allah, peluang untuk anda berjaya buat duit tu ada.
Saya akan pecahkan strategi buat duit di internet ini kepada dua bahagian, iaitu
Strategi CEPAT buat duit di internet, dan
Strategi LAMBAT buat duit di internet
Cepat atau lambat ianya hanyalah persoalan masa sahaja. Apa yang penting, cara ini kedua-duanya boleh diaplikasikan untuk buat duit online. Baiklah… kita mula dengan strategi cepat buat duit online.